11 Ekor Bangkai Penyu Hijau Ditemui, Dipercayai Dilapah Dan Dimasak

11 bangkai penyu hijau ditemui mati dan dipercayai telah dilapah dan dimasak oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Semporna.

Penyu-penyu tersebut didakwa telah dilapah dan dimasak sebelum isinya dikumpulkan di dalam sebuah karung.

Lebih menyayat hati, semua bangkai penyu hijau tersebut telah ditemui dalam keadaan mereput dengan perut terburai dibuang merata-rata tempat.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias menjelaskan bahawa semua bangkai berkenaan ditemui kira-kira pada jam 6 pagi.

Bangkai tersebut dijumpai ketika operasi Op Bersepadu Khazanah bersama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan dijalankan.

Tambahnya, sebaik semua bangkai berkenaan dijumpai, pasukan operasi turut menemui sebatang kait (alat pencangkuk) yang dipercayai telah digunakan untuk menangkap penyu-penyu tersebut.

Bukan itu sahaja, dua karung berisi isi penyu yang sudah dimasak, bangkai penyu serta peralatan memasak turut dijumpai.

Namun begitu, pemeriksaan di sekitar lokasi tersebut gagal menemui sebarang suspek yang dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Semua penemuan termasuk perkakas memasak telahpun dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai sebanyak RM8,200 berdasarkan harga pasaran semasa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca