Hampir semua masyarakat terutama sekali generasi Y dan Z masa kini mempunyai akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Bahkan media sosial dianggap βnyawaβ yang tidak boleh berpisah hampir setiap waktu bagi sesetengah pengguna.
Dalam erti kata lain, media sosial seolah-olah telah sebati dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita semua. Tanpanya, hidup ini umpana tidak lengkap. Kali ini, kami ingin kongsikan 11 akaun yang patut anda follow di Twitter.
1. Englishjer (@englishjer)
Of course = semestinya!
Off course = tersalah arahE.g. "Of course this boat is off course!"
— Englishjer (@englishjer) January 3, 2019
Akaun yang diasaskan oleh Abdul Qayyum Jumadi ini menawarkan pembelajaran dan maklumat tentang bahasa Inggeris menggunakan jenaka selain merujuk kepada situasi semasa. Kebanyakan pengikutnya bukan sahaja terdiri daripada remaja dan pelajar sekolah, malah golongan professional termasuk selebriti turut sama berinteraksi dalam setiap perbincangan yang diutarakan.
Menurut pengasas akaun ini yang merupakan graduan jurusan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM), tanggapan bahawa ‘speaking is poyo’ haruslah dibuang kerana tidak salah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, malah ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri.
2. Mat Luthfi (@Matluthfi90)
Panas gila lately. Aku rasa nak keluaq rumah pakai boxer ja tapi wife tak bagi.
"Awak kata I look good in anything?"
"Ya but not in hell."
— Matluthfi90 (@Matluthfi90) March 13, 2016
Nama Mat Luthfi tentu sekali tidak asing lagi bagi peminat video blog di Malaysia. Anak kelahiran Kedah ini yang juga merupakan graduan jurusan Arkitek di sebuah universiti di Perth, Australia mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di laman Twitter.
Apa yang menarik tentang akaun ini adalah tweet daripada Mat Luthfi berunsurkan jenakanya yang sempoi tetapi penuh dengan isi kandungan yang memberi peringatan kepada semua orang. Jadi, tidak hairanlah mengapa hampir kesemua tweet beliau mendapat ribuan Retweets daripada para pengikut.
3. Lejen Press (@lejenpress)
"Konsep media sosial ni sama macam sperma dan ovum. Ada ramai lelaki nak mencelah untuk perhatian seorang wanita." – #RumahNo6, @comradenami. pic.twitter.com/q8zRmhAaBS
— LEJEN (@LejenPress) February 6, 2019
Akaun yang dicipta sejak tahun 2011 ini telah menarik minat orang ramai terutamanya peminat-peminat novel yang diterbitkan oleh Lejen Press itu sendiri. Antara perkongsian untuk para pengikut akaun ini adalah ungkapan-ungkapan menarik dan popular daripada novel-novel terbitan mereka.
Namun begitu, tweet yang dikongsikan oleh akaun ini bukan sahaja merangkumi aspek penerbitan. Akaun ini turut berkongsi tentang artikel-artikel semasa. Jadi, sekiranya anda semua tidak mahu terlepas apa-apa update daripada Lejen Press, pastikan anda follow mereka sekarang!
4. Faizal Rosly (@ijaicool)
Aku: Saya solat jap
(20 minit kemudian)
Wife: Amboi lamanya solat
Aku: Mmm witir sekali
Wife: Berdosa kalau tipu
Aku: …Twitir
— Faizal Rosly (@ijaicool) January 31, 2016
Pada masa kini, Internet dianggap sebagai tempat yang negatif dan pada hari-hari yang gelap dan suram di dunia siber ini, kita sering beralih kepada tweet yang ringan. Inilah yang diketengahkan oleh Faizal Rosly di mana tweet beliau selalunya berunsurkan perkara dalam hidup sehari-hari termasuklah keluarganya, bola sepak dan juga urusan semasa.
Apabila membaca tweet beliau, kita seolah-olah sedang berusaha keras untuk memenangi ‘Try Not To Laugh Challenge’, tetapi gagal pada akhirnya kerana ia berunsurkan jenaka yang membuatkan orang ‘pecah perut’.
5. Iman Abdul Rahim (@ImanAbdulRahim)
If you have very dry or oily skin, cari HYDRATING products yang boleh balance balik kulit π¦
Redness, kulit pedih, acne scars warna merah etc, cari SOOTHING products βοΈ
Kulit kusam, jeragat, acne scars etc, cari BRIGHTENING products β¨
Contoh ππΌ
— π πΌπππ© π (@ImanAbdulRahim) January 21, 2019
Iman Abdul Rahim yang juga dikenali sebagai ‘Sifu Skincare Twitter’ ini mempunyai 143,000 pengikut di laman Twitternya. Macam-macam tips berkenaan penjagaan wajah telah dikongsikan oleh lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dan Maklumat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.
Beliau yang cantik dan manis orangnya ini bagaimanapun ada memberitahu bahawa dia berkongsi pengetahuan mengenai penjagaan kulit hanya sebagai seorang kawan dan kakak kepada orang ramai (beliau tidak mempunyai sebarang latar belakang berkaitan). Namun, ramai yang mengikuti tips beliau sangat berterima kasih kerana kebanyakannya sesuai dan berguna bagi menyelesaikan masalah wajah yang mereka hadapi.
6. Dewan Bahasa dan Pustaka (@DBPMalaysia)
Peka Bahasa
Disediakan: BKK
Sumber: Bahagian Promosi dan Pengiktirafan#pekabahasa #pintarbahasa #bahasajiwabangsa pic.twitter.com/z1VkpbeXi9— Dewan Bahasa dan Pustaka (@DBPMalaysia) September 13, 2018
Perkataan bahasa Melayu memang kadang-kadang mengelirukan. Malah, ada juga perkataan yang ejaannya tidak sama seperti dulu lagi dan sering bertukar. Apa yang menarik tentang laman Twitter rasmi DBP ini adalah segmen Peka Bahasa yang dikongsikan pada setiap minggu.
Melalui segmen ini, lambakan perkataan yang selalu mengelirukan orang ramai dikongsikan kerana jujurnya, masih ramai yang tidak tahu tentang ejaan sebenar untuk perkataan-perkataan tersebut. Secara tidak langsung, kita semua akan lebih peka dan kesalahan ejaan setiap kali kita menulis dapat dielakkan.
7. Gambar Klasik (@GambarKlasik)
The first KFC restaurant was opened in 1973 on Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. pic.twitter.com/AY6d1LNGtk
— Gambar Klasik (@GambarKlasik) April 22, 2017
“Classic photos and adverts from glorious day of Malaysia and Singapore” adalah apa yang tertera pada bio akaun ini dan itu sememangnya apa yang ia kongsikan kepada para pengikut. Dengan mengikuti akaun ini, anda akan mendapat gambaran tentang negara kita pada suatu masa dahulu.
Bukan itu sahaja, akaun yang mempunyai hampir 50,000 pengikut ini juga berkongsi tentang fakta-fakta menarik berkaitan dengan tarikh tertentu yang mungkin ramai tidak tahu.
8. I Am Lejen Shop (@IAmLejenShop)
Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck adalah kesinambungan kepada Rumah No.6.
WhatsApp nombor tertera untuk membuat pra-tempahan hari ini. pic.twitter.com/rWSI1AWTdU
— I Am Lejen Shop (@IAmLejenShop) February 17, 2019
Anda yang sukakan diskaun wajib untuk follow akaun ini! Segala maklumat tentang promosi yang sedang berlangsung akan dikongsikan di laman Twitter yang dicipta sejak tahun 2011 ini.
Selain itu, menerusi akaun ini, anda juga tidak akan terlepas daripada segala update berkaitan novel-novel terbaru terbitan Lejen Press.
9. A. Samad Said (@asamadsaid)
Untuk mewah di dunia, bolehlah.
Bolehkah didakap harta ke pusara?— A Samad Said (@asamadsaid) March 10, 2018
Spice up timeline Twitter anda yang hambar dengan tweet daripada Sasterawan Negara ini. Walaupun legenda ini tidak begitu aktif di Twitter, namun apabila beliau tweet sesuatu, ia pasti mencecah sehingga ribuan Retweets.
10. Hxsm (@hxsm)
— hxsm (@hxsm) February 20, 2019
Anda mungkin telah melihat komik web Hxsm yang berlegar-legar di timeline Twitter anda dan mereka sangat lucu. Hxsm telah berjaya mewujudkan satu bentuk seni yang tersendiri di mana lukisannya itu datang bersama-sama dengan dialog yang sangat kena dengan situasi tersebut.
11. Viral Trending Terkini (@viraldanterkini)
Wow! Harga dia bukan biasa-biasa.https://t.co/kHhP0rFbgc
— Tular & Terkini (@viraldanterkini) February 25, 2019
Tweethandle akaun ini jelas mencerminkan apa yang dikongsikan mereka iaitu artikel-artikel berkisarkan isu semasa yang mana dapat memberi informasi kepada para pembaca. Jadi, pastikan anda mengikuti akaun ini yang baru sahaja dicipta pada tahun lepas!
Jadi, sudahkah anda follow kesemua akaun ini? Jika belum, pastikan anda berbuat demikian supaya timeline Twitter anda dipenuhi dengan tweet-tweet yang bukan sahaja kaya dengan informasi malah dapat menghiburkan hari anda!