100,000 Kes Positif COVID-19 Dalam Masa 4 Hari, WHO Beri Amaran Pandemik Semakin Cepat Menular

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 semakin cepat menular di mana lebih 300,000 kes positif wabak itu dicatat setakat ini.

Pada mulanya, jangkitan wabak itu mengambil masa 67 hari untuk mencapai 100,000 kes pertama. Bagi 100,000 kes seterusnya, ia cuma mengambil masa 11 hari manakala untuk 100,000 kes selanjutnya, ia dicatatkan dalam tempoh empat hari sahaja.

Ketua Pengarah WHO iaitu Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun menegaskan bahawa masih belum terlewat untuk dunia membendung penularan wabak tersebut.

Pada masa yang sama, Dr. Tedros turut meminta orang ramai supaya tinggal di rumah dan mengikuti langkah-langkah penjarakan sosial sebagai usaha membendung virus itu.

Dr. Tedros menggesa seluruh negara di dunia menggunakan ujian ketat dan strategi menjejaki kontak dalam mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino sempena kempen ‘Tumpaskan COVID-19’.

Kata Dr. Tedros lagi semasa memberi analogi perlawanan bola sepak, langkah ‘bertahan’ yang diambil dunia sekarang tidak akan membantu untuk memberikan ‘kemenangan’.

“Apa yang paling penting ialah apa yang dilakukan, anda tidak boleh memenangi perlawanan bola sepak dengan mempertahankan diri, anda mesti menyerang,” kata Dr. Tedros.

“Untuk menang, kita perlu menyerang virus dengan taktik yang agresif dan disasarkan – menguji setiap kes yang disyaki, mengasingkan dan menjaga setiap kes yang disahkan serta mengejar dan menjarakkan setiap pertemuan,” katanya lagi.

Untuk membaca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca