Setiap individu di muka bumi ini mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri. Ada individu yang ramah dan mudah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja meskipun baru berjumpa buat pertama kali. Dalam pada itu, ada juga yang cuma bercakap sepatah sahaja, itu pun apabila ada yang mengajukan soalan kepada mereka. Kalau nak tunggu mereka sendiri yang mulakan perbualan, memang sukar. Bak kata orang dulu-dulu, macam ada emas dalam mulut.
Perbezaan ini membuatkan majoriti akan meminta mereka yang ramah dan mulut bak burung murai untuk tampil ke hadapan semasa ada ucapan yang perlu diberi atau apa-apa pembentangan. Mereka yang pemalu dan cepat gemuruh atau kita sering sebut sebagai stage fright pula pasti akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada bercakap di khalayak ramai.

Berikut kami kongsikan 10 tips untuk kurangkan gugup di pentas:
1. Amalkan senaman kardio seperti joging, berenang dan berbasikal untuk kesihatan jantung.
2. Buat persediaan awal di mana anda perlu fahami dan alami topik ucapan atau pembentangan.
3. Pastikan anda dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sebelum berucap atau membuat pembentangan. Tubuh dan minda yang cukup rehat mampu mengendali stres dengan lebih baik.
4. Sentiasa alas perut dengan juadah ringan dan elakkan daripada mengambil makanan pedas.
5. Elakkan daripada mengambil minuman berkafein sebelum berucap kerana ia boleh menyebabkan jantung berdegup dengan pantas.
6. Pastikan anda datang awal agar tidak tergesa-gesa. Kelewatan merupakan stres tambahan yang wajib dielakkan.
7. Kenali audiens sebelum tiba giliran anda berucap.
8. Fokuskan minda kepada manfaat yang audiens bakal peroleh daripada ucapan atau pembentangan anda. Yakinkan diri.
9. Sekiranya gugup kerana diperhatikan oleh ramai audiens, kekalkan eye contact pada individu yang telah dikenali tadi.
10. Jika masih gugup juga, letakkan tangan di belakang supaya audiens tidak nampak anda sedang terketar-ketar.
Selain 10 tips di atas, ada banyak lagi faktor dalam menangani masalah gugup di pentas. Anda boleh pelajari tentang cara-cara untuk kurangkan gugup di pentas secara praktikal dengan menyertai Kuliah Jalanan oleh bekas Ahli Parlimen Sungai Besar dan aktivis masyarakat iaitu Budiman Mohd Zohdi yang bakal membongkar rahsia di sebalik seorang pemidato hebat.

Ia bakal berlangsung pada 19 Januari 2020 (Ahad) bertempat di Bosscafe di Kajang, Selangor. Menariknya, masuk adalah percuma dan anda cuma perlu datang bawa diri sahaja. Walau bagaimanapun, tempat adalah terhad. Jadi, pastikan anda terus menghubungi nombor yang tertera dalam poster untuk mendaftar. Jumpa anda di sana!
Untuk baca artikel lain yang berkait rapat dengan psikologi, anda boleh klik pada pautan di bawah: