10 Tahun Memendam Rasa, Dendam Bekas Pelajar Ini Akhirnya Terbalas

Ini kisah tentang dendam seorang gadis yang sudah terbalas, yang telah lama beliau simpan iaitu lebih dari 10 tahun lamanya. Gadis yang dikenali sebagai Balqis Huda yang kini merupaka seorang guru yang berhadapan dengan situasi yang sama ketika beliau di bangku sekolah dahulu. Berdasarkan perkongsian kisahnya di laman Facebook ini adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada guru-guru di luar sana dan ia pasti menyentuh perasaan warganet.

Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,

“Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.”

“Okay takpe takpe, boleh je,” jawabku sambil tersenyum.

Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka gembira and ceria.

Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku tu.

Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku, kalau guna buku biasa pun takde masalah.

Tapi cikgu ni, tidak. Dia memilih untuk tekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life.

Aku masih ingat lagi ketika itu, hari itu, dan saat itu, dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa.

Masa tu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,

“Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log tu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”

Dengan mencebik, cikgu tu cakap,

“RM9 pun tak mampu?” sambil tangannya terus menampal. Sedikitpun tak memandang ke wajahku.

Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya, apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.

Hari ni aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan.

Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku, takkan jadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas, sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak, daripada rasa apa yang aku rasakan dulu. Aku puas, sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang.

Berikut merupakan petikan Facebook daripada kisah Balqis Huda mengenai dendamnya yang 10 tahun akhirnya terbalas.

Di samping itu juga, terdapat pelbagai komen daripada warganet yang turut berkongsi pengalaman mereka sebagai reaksi kepada perkongsian di Facebook tersebut. Dalam kalangan mereka, ada yang memuji tindakan guru tersebut terhadap anak muridnya itu.

Oleh itu, beliau berharap supaya guru-guru di luar sana lebih peka terhadap emosi pelajar atau anak-anak didik mereka.

Sumber: Facebook

Artikel Lain Untuk Di Baca