10 Tahun Melabur, Duit Usain Bolt Hampir RM55 Juta Lesap

Legenda pecut Jamaica Usain Bolt kehilangan sebahagian besar wang simpanannya berjumlah kira-kira AS$12.7 juta (RM54.78 juta) selepas membuka akaun dengan sebuah syarikat pelaburan Jamaica.

Sumber: Runner’s World

Oleh itu, beliau bimbang semua pelaburan yang dibuat dalam Stocks and Securities Limited (SSL) akan lesap.

Bolt dikatakan telah membuka satu akaun dengan syarikat pelaburan tempatan Jamaica, SSL pada 2012 tetapi tidak pernah membuat pengeluaran.

Akaun itu digunakan untuk simpanan pencen dirinya dan ibu bapanya. Bagaimanapun, sumber mendedahkan dia kini hanya tinggal AS$12,000 (RM51,762) menurut laporan.

Sumber: Athletics Weekly

Bolt adalah salah seorang daripada lebih 30 orang yang dipercayai menjadi mangsa penipuan.

Laporan turut menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica (FSC) telah menjalankan siasatan dan syarikat pelaburan itu telah diletakkan di bawah pengawasan.

SSL juga mengisytiharkan bahawa pegawainya gagal menangkap scammer terbabit. Dilaporkan, syarikat itu tidak menyedari bahawa Bolt juga terkesan.

Sumber: Al-Jazzera

Syarikat pelaburan SSL mempunyai 10 hari untuk membayar wang yang didakwa oleh juara pecut Jamaica itu berada dalam akaunnya sehingga Oktober 2022.

Dalam surat yang dihantar kepada SSL pada 16 Januari, Linton Gordon yang merupakan peguam Bolt menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang jika wang Bolt tidak dikembalikan dalam masa 10 hari.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca