10 Perubahan Raya Zaman Kini Berbanding Raya 10 Tahun Lalu

Hari Raya dah nak dekat, dan selepas dua tahun menempuh cabaran yang datang daripada Covid-19 dan ber-PKP, kini ramai dapat pulang ke kampung berjumpa sanak saudara.

Namun itu, mari kita ambil sedikit masa untuk mengimbau kembali cara kita menyambut hari raya kini berbanding 10 tahun yang lalu.

1. Fesyen Baju

Antara trend fesyen baju raya pada 2012 adalah kaftan dan peplum. Ciri beropol-opol merupakan sangat popular 10 tahun lepas. Bukan itu saja, trend 10 tahun lepas amat bebas dengan pilihan warna, terutamanya warna yang agak meletop.

Berbanding dengan trend sekarang di mana bajunya wajib memberi rupa badan nampak langsing dan warna-warna pilihan popular zaman sekarang adalah sama ada warna neutral, warna-warna muted, ataupun pastel.

2. Stail Tudung

Pada kebiasaannya, stail tudung dipengaruhi oleh apa artis pakai sewaktu itu. Antaranya ialah hijabi yang ikonik pada 2012 yang dipakai oleh Yuna dan Hana Tajima. Mereka berdua merupakan rujukan bagi trend stail tudung masa lalu.

Sumber: UKM

3. Media Sosial

Walaupun Facebook, Twitter dan Instagram masih menguasai ruang platform sosial media paling popular seperti 10 tahun lepas, namun rupa mereka telah melalui banyak perubahan, terutamanya Instagram yang pada waktu itu baru berumur dua tahun.

Sumber: @Nora Danish

4. Kad Raya

Kad Raya merupakan sesuatu yang terancam selepas dominasi media sosial. Sekarang ramai yang membuat ‘kad’ raya secara digital dan menghantar nya terus melalui platform-platform seperti WhatsApp.

Walaubagaimanapun, ada kelebihan kad raya yang tidak boleh ditandingi oleh gambar yang hanya boleh dilihat melalui skrin, antaranya adalah kad raya yang apabila dibuka akan memainkan lagu. Hah, rindu betul!

Sumber: Harian Metro

5. Foto Raya

Cara mengambil gambar pun sudah berubah, pada dekad lepas, kebanyakan gambar raya yang diambil kelihatan hampir formal.

Semua akan berkumpulkan di ruang tamu dan mengikut umur dan status single ataupun sudah berkeluarga, ia akan menjejaskan kedudukan anda dalam gambar tersebut. Setakat itu saja keperluan bergambar waktu itu.

Kini, selain daripada gambar bersama keluarga, ada juga gambar OOTD (outfit of the day) yang wajib ditangkap.

Kadangkala gambar OOTD boleh mengalahkan gambar fesyen dari majalah Vogue!

6. Cara Masakan

Industri masakan telah melalui banyak perubahan sepanjang sepuluh tahun ini. Pada masa lalu, masakan-masakan untuk raya dibuat semuanya secara manual.

Namun sekarang, terdapat banyak pilihan yang membantu menyenangkan proses memasak masakan raya. Antaranya adalah nasi impit segera, ketupat sudah dibeku, pes rendang, dan banyak lagi.

Sumber: Mudah.com

7. Pencarian Wifi

Apakah anda rasa soalan yang banyak ditanya sepuluh tahun lepas apabila sampai ke kampung? Apa-apapun, semestinya ia bukan “Ada wifi tak? Apa password wifi?”

Sekarang hampir semua kampung sudah dimodenkan dari aspek sudah ada sambungan internet. Oleh kerana itu juga, aktiviti ramai kanak-kanak zaman sekarang apabila balik kampung bukannya mengejar ayam, tapi bermain game mobile sesama diri.

Sumber: Iluminasi

8. Duit Raya

Ia tidak boleh dinafikan yang perubahan paling ketara raya zaman sekarang berbanding 10 tahun lepas adalah dengan pemberian duit raya.

Sedekad lalu, apabila seseorang menerima sampul duit raya yang berisi hanya RM1 atau RM5, kegembiraan yang dirasai hampir sama seperti menerima RM10.

Namun, kalau anda mendapat jumlah yang sama pada zaman sekarang, mungkin rasa kecewa sahaja ada.

Sumber: The Patriots

9. Cara Raya Diumumkan

Dulu, ramai orang bergantung kepada berita dari televisyen untuk tahu jikalau raya akan disambut pada keesokan hari.

Sekarang, ada banyak pilihan untuk mendapat infomasi tersebut, segalanya di hujung jari.

Sumber: Harian Post

10. Mercun

Walaupun mercun sudah lama diharamkan, lebih dari 10 tahun lalu namun masih lagi terdapat penjual mercun yang menjual secara berleluasa berbanding dengan zaman sekarang yang dijual secara sorok-sorok.

Sekarang, oleh kerana dua pengaruh terbesar iaitu pkp dan larangan menjual mercun, bunyi mercun di kawasan perumahan telah berkurangan.

Sumber: Anajingga

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca