10 Perangai-Perangai Pelik Pencinta Buku

Membaca adalah satu hobi yang murni tetapi tidak terlepas dengan perangai-perangai pelik para pencinta buku. Ada sesetengah daripada perangai-perangai pelik tersebut terlalu janggal dilihat atau didengar oleh mereka yang tidak gemar membaca. Tapi, bagi mereka yang dalam biodatanya tersenarai membaca sebagai hobi, 10 perangai berikut bukanlah perkara yang asing.

1. Suka hidu bau kertas buku

Perangai ini rasanya semua orang yang suka membaca akan buat. Terutama buku yang baru dibeli. Perkara pertama akan dibuat mesti dengan cium bau kertas buku tersebut.

2. Penanda buku

Akan gunakan apa sahaja sebagai penanda buku. Sebagai contoh, sampul duit raya, sticker, kertas kecil, tisu dan sebagainya. Jika penanda buku itu hilang, memang akan mengundang kemarahan si pemilik buku.

3. Gaya baca buku

Macam-macam gaya semasa membaca buku; ada yang lebih selesa membaca sambil baring tapi ada juga yang lebih suka membaca sambil duduk di atas kerusi sahaja. Lain orang lain gayanya. Ikut keselesaan masing-masing.

4. Membaca semasa B.A.B

Mesti ramai yang tertanya apa itu B.A.B kan? Maksudnya ialah membaca semasa buang air besar. Ada yang mengatakan kalau membaca semasa buang air besar ini lebih feel dan rasa nyaman je.

5. Membayangkan watak dalam buku

Mesti ada di antara anda yang suka buat perangai ni. Benda ini bukanlah perkara yang pelik kerana apabila kita fokus membaca buku dan attached dengan watak-watak dalam buku tersebut, pastinya watak-watak itu akan selalu terbayang-bayang dalam kepala.

6. Pantang ada promosi

Pantang ada promosi mesti nak borong buku. Bagi pencinta buku yang tahap dewa, ini adalah salah satu perangai yang sukar untuk dielakkan. Bagi kelompok pencinta buku jenis ini, melihat promosi-promosi buku yang diadakan ibarat Fatah Amin jatuh cinta memandang Fazura.

Dah lama tak borong buku? Promosi Ladies Nite ini mungkin peluang anda untuk memborong lebih 20 buah buku dengan harga RM 50 sahaja.

7. Tak cukup duit

Duit tak sebanyak buku yang nak dibeli. Perkara ini tentunya dialami oleh ramai pencinta buku terutamanya waktu-waktu tengah kering. Banyak je buku yang nak dibeli tapi apakan daya duit yang ada perlu juga disimpan untuk bajet makan dan lain-lain. Beli buku pun beli buku, tapi nasi kena makan juga.

8. Cinta pandang pertama

Jatuh cinta pandang pertama bukan hanya pada manusia je. Ia juga boleh berlaku di antara manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuh-tumbuhan dan juga dalam konteks ini, manusia jatuh cinta dengan buku. Jadi selama bergelar pencinta buku, sudah berapa kalikah anda jatuh cinta pandang pertama?

9. Suka lepak

Pernah tak anda sangkut dekat mana-mana kedai buku khusyuk membaca mana-mana buku yang menarik minat anda? Kedai buku seperti Borders, Kinokuniya dan I AM Lejen Shop adalah antara kedai buku yang kita boleh selalu lepak sambil membaca tanpa dipandang serong oleh pekerja mereka. Namun, kalau sudah lepak sampai sejam dua tu janganlah sampai tak beli langsung atau setiap kali datang buat perangai yang sama. Bukanlah tak boleh, tetapi berpada-padalah.

10. Pinjam buku tapi tak reti pulang

Macam haram kan perangai macam ni? Orang yang pernah kena pasti terasa peritnya. Buku yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri dan dijaga dengan penuh kasih sayang hilang tak dipulang begitu sahaja. Jangan terkejut kalau kami katakan ada pencinta buku yang sanggup berbelanja untuk membeli sekali lagi buku yang sama semata-mata untuk menggantikan koleksi buku yang tidak dipulangkan oleh kawan yang meminjam.

Jangan buat perangai macam ni, please? Kami isytiharkan perangai ini sebagai perangai terlarang nombor satu bagi pencinta buku. Mungkin dalam artikel seterusnya kami akan senaraikan 5 pantang larang buat pencinta buku.

Selamat menonton video terbitan Lejen Press ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca