10 Penampilan Billie Eilish Yang Pelik Tetapi Menarik

Billie Eilish adalah seorang penyanyi baru yang mencipta nama melalui lagu-lagunya yang pelik tetapi menarik. Lebih menarik, beliau menjadi artis solo termuda memenangi Anugerah Grammy 2020 menerusi kategori album terbaik.

Sumber: Vogue

Keunikan Billie Eilish bukan sahaja terletak kepada lagunya, bahkan kepada penampilannya. Beliau sentiasa mencuri tumpuan pihak media dengan pakaian-pakaian aneh yang dipakainya.

Begitu banyak pakaian yang mencuri perhatian orang ramai terhadap Billie Eilish. Dari rekaan kartun sehingga yang terlampau aneh, berikut 10 penampilan unik dan pelik oleh beliau.

10. Gadis Hijau

Sumber: The Things

Hijau neon menjadi trademark kepada Billie Eilish. Warna ini sering kali dipilih oleh beliau di dalam pelbagai majlis dan sesi fotografi. Berdasarkan gambar di atas, ia memilih menambah penutup mulut.

9. Kartun

Sumber: The Things

Mengambil inspirasi dari siri kartun popular Powerpuff Girl. Billie Eilish menjadinya sesuatu yang unik serta comel. Rekaan pakaian ini berbeza dengan penampilan beliau seperti oversized.

8. Oversized

Sumber: The Things

Billish Eilish gemar untuk mengenakan pakaian yang terlebih saiz. Walaupun agak keterlaluan, namun beliau begitu selesa memakainya. Berdasarkan gambar di atas lebih kepada set pajama yang terlampau besar buat si pemakai.

7. Airbrush

Sumber: The Things

Sesuatu yang menarik pada pakaian yang digayakan oleh Billish Eilish ini. Teknik airbrush yang terdapat pada baju dan seluar adalah sesuatu asing di dalam majlis karpet merah. Satu gaya berani serta hebat.

6. Tahap Terbaru Oversized

Sumber: Vogue

Billish Eilish mengayakan pakaian oversized di tahap yang cukup mengejutkan. Beliau mengenakan jaket dan seluar puffer yang cukup besar buatnya. Sekali imbas seperti ia ingin pergi bermain ski pada musim sejuk. Anda berani cuba gaya ini?

5. Tutup Semua

Sumber: The Things

Pakaian kali ini lebih menutup aurat serta tidak mempamerkan kulit. Billie Eilish mengenakan rekaan ini ketika majlis karpet merah Anugerah Muzik Amerika. Seluruh tubuh badan beliau terselindung sehingga kita tidak dapat mengenapasti dirinya.

4. Topeng Muka

Sumber: The Things

Logo Louis Vuitton sangat jelas kelihatan pada pakaian ini. Lebih menarik topeng muka yang disarung oleh Billie Eilish yang dipadankan dengan topi. Beliau cukup berani mengambil risiko pada rekaan.

3. Pekerja Zoo

Sumber: The Things

Rekaan yang ini sangat pelik apabila dilihat. Billie Eilish seperti seorang pekerja zoo ataupun ingin pergi meneroka hutan. Lebih menyerlah bahagian poket yang cukup besar. Apa yang beliau simpan di dalam poket itu agaknya?

2. Pakaian Bermesej

Sumber: Vogue

Billie Eilish cuba menyampai sesuatu mesej melalui pakaianya. T-shirt tersebut tertulis “No music on a dead planet.” Beliau cuba menyampai sesuatu yang difikirkan melalui rekaan ini.

1. Reptilia

Sumber: Vogue

Billie Eilish seperti reptilia apabila mengenakan pakaian ini. Gabungan berani antara warna trademark hijaunya, kuku tajam serta penutup mulut. Rekaan ini sangat melampau apabila dilihat oleh masyarakat. Apa yang cuba disampaikan oleh Billie Eilish?

Billie Eilish sememangnya seorang artis yang mempunyai gayanya yang tersendiri. Melalui pakaian-pakaian ini, tidak mustahil menjadi ikutan buat peminat beliau.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan Billie Eilish, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca