10 Maut Dalam Kemalangan, Babitkan 3 Kereta Dan Sebuah Treler

treler, 3 kereta

Sepuluh individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala ke Shah Alam pada malam semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

17 mangsa terbabit dalam kemalangan ini membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Manakala mangsa maut terdiri daripada seorang lelaki, seorang perempuan dewasa serta lapan yang lain membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Seorang lelaki yang menaiki Perodua Axia patah kaki dan perempuan dewasa yang menaiki kenderaan sama cedera ringan sementara seorang pemandu treler dan dua kanak-kanak di dalam kenderaan itu terselamat,” katanya.

Susulan kejadian itu, anggota bertugas berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Jelas beliau, operasi keseluruhan tamat pada jam 2.40 pagi Sabtu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca