10 Makanan Tradisional Yang Terkenal Di Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara yang terkenal di dunia sebagai syurga makanan sama ada tradisional ataupun moden.

Ramai pengusaha makanan di negara ini yang menjadikan kuih tradisional daripada pelbagai kaum sebagai sumber pendapatan mereka.

Kami kongsikan 10 makanan tradisional yang terkenal di Malaysia:

1. Roti canai

images (1)

Roti canai ialah makanan tradisional untuk masyarakat India. Ia dibawa ke Malaysia melalui imigran Tamil Muslim yang telah lama menetap di negara ini.

Makanan ini sesuai dinikmati bersama kuah dal, kari dan sambal tumis bergantung kepada selera masing-masing.  

2. Nasi lemak

nasi

Sekiranya roti canai merupakan makanan tradisional bagi masyarakat India, nasi lemak pula merupakan salah satu makanan tradisional untuk penduduk berbangsa Melayu. 

Selain itu, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi lemak ialah santan, halia, bawang merah dan daun pandan.

Seterusnya, nasi lemak lebih enak apabila dihidangkan bersama sambal tumis, kacang tanah goreng, ikan bilis dan telur goreng.

Walaupun begitu, terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang suka menambah lauk pada nasi lemak mereka seperti sambal udang, rendang daging dan sambal sotong.

3. Rojak

Siapa antara anda yang gemar makan salad? Sekiranya salad ialah campuran sayur-sayuran, Malaysia pula mempunyai campuran buah-buahan tersendiri yang menjadi kegemaran ramai.

Dikenali sebagai rojak, makanan ini mempunyai pelbagai nama lain seperti rojak buah, rojak Penang, rojak India dan rojak kangkung. 

Untuk pengetahuan anda, rojak buah ialah campuran buah mangga, nanas, sengkuang dan jambu batu.

Selain itu, kuah rojak buah pula ialah kicap yang dicampur dengan belacan, air, gula dan kacang tanah yang telah dikisar ataupun ditumbuk.

Rojak India ataupun lebih dikenali sebagai pasembor ialah makanan yang terkenal di Pulau Pinang.

Pasembor ialah campuran kentang rebus, cucur goreng, tauge, sengkuang dan telur rebus dan makanan ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang.

4. Asam laksa

Sumber: UNilever Food Solutions

Asam laksa ialah makanan yang berasal daripada keturunan Baba dan Nyonya.

Mi laksa berwarna putih dan disajikan bersama kuah ikan pedas. Namun, makanan ini tidak akan lengkap tanpa hirisan bawang merah, cili, timun dan telur.

5. Apam balik

apam balik

Apam balik ialah makanan warisan negara yang diisytiharkan oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan berkenaan ialah adunan tepung, santan, gula, soda penaik dan telur.

Ramai penjual apam balik membuat versi mereka tersendiri dengan menambah inti berisi coklat, strawberi dan keju.

6. Sate

download
Sumber: Unilever Food Solutions

Sate lebih sedap dimakan bersama kuah kacang, nasi himpit, bawang dan timun. 

Setiap tempat mempunyai harga sate yang berbeza kerana cara pembuatan makanan itu sendiri sudah cukup rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Untuk mereka yang menganggap pembuatan bahan sate itu sukar dan mahukannya dalam kadar segera, terdapat peniaga yang membuat sate sejuk beku untuk memudahkan anda.

7. Kuetiau

download (1)
Sumber: Taste of Asian Food

Kuetiau ialah makanan tradisional masyarakat Cina. Makanan ini kebiasaannya digoreng bersama kerang, udang, kicap cair, cili dan tauge.

Kuetiau merupakan salah satu makanan kegemaran ramai untuk makan malam tetapi ia lebih sedap sekiranya dimakan ketika panas dengan hiasan telur separuh masak. 

8. Otak-otak

Sumber: Saji.my

Otak-otak ialah isi ikan yang dicampur dengan rempah ratus dan cili untuk membangkitkan rasa kepedasan sebelum dibalut daun kelapa yang kemudiannya dibakar sehingga masak. 

Walaupun otak-otak dan sata mempunyai inti yang sama, tetapi kedua-dua makanan itu mempunyai bentuk yang berbeza. Bentuk otak-otak ialah memanjang manakala sata berbentuk piramid. Jangan keliru!

9. Mi goreng mamak

Sumber: Saji.my

Mi goreng mamak berbeza daripada yang lain kerana makanan ini dimasak sehingga kering tetapi masih sedap dimakan.

10. Pisang goreng

download (4)
Sumber: Saji.my

Pisang goreng lebih enak dimakan pada waktu petang. Namun, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat makanan tersebut ialah pisang, telur dan tepung.

Sama seperti makanan lain, pisang goreng juga boleh dimakan bersama keju dan coklat mengikut selera masing-masing. Tidak dapat disangkal bahawa ramai yang menggemari pisang goreng bersama keju, susu dan coklat sehingga menjadi tular di media sosial.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana dapat menikmati pelbagai makanan daripada kaum lain tanpa perlu ke negara luar.

Penulis

  • Nur Hidayah Fahrudzaman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Dalam pada itu, anda boleh baca artikel berkaitan dengan makanan tradisional yang kami telah ulaskan menerusi pautan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca