Sebut sahaja siri kartun Crayon Shin Chan, pasti semua pembaca di sini pernah menontonnya. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada peminat siri itu, anda pasti cukup familiar dengan rekaan sut yang bakal kami kongsikan ini.
Percaya atau tidak, sut yang kelihatan seakan-akan rekaan yang dipakai oleh watak pengetua Shin Chan iaitu Bunta Takakura sebenarnya keluaran jenama mewah, Gucci.
Meskipun rekaan sut itu merupakan koleksi tahun lepas, ia bagaimapun masih hangat diperkatakan oleh warganet.
インスタでGucciのファッション紹介してるけど、完全にクレヨンしんちゃんのえんちょう先生と一致してる件について pic.twitter.com/HHbbgy8dlE
— [email protected]登録者15万人&TikTok27万人突破 (@TOMOKIN_Voice) November 9, 2019
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik gambar Bunta Takakura dan sut keluaran Gucci itu. Ia ternyata berjaya mencuri perhatian warganet apabila meraih hampir 33,000 ulang kicau dan 84,000 tanda suka.
View this post on InstagramA post shared by Gucci (@gucci) on
Rata-rata bersetuju yang sut berkenaan kelihatan persis baju yang dikenakan oleh Bunta Takakura. Malah, ada yang mendakwa bahawa Gucci telah meniru rekaan tersebut.
Jadi, apa pendapat anda semua? Adakah anda rasa sut Gucci di atas sama seperti sut Bunta Takakura?