10 Fakta Tentang Wuhan Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Bandar Wuhan hangat diperkatakan dalam kalangan warganet selepas penularan wabak novel koronavirus (2019-nCOV) di seluruh dunia.

Kami kongsikan 10 fakta menarik tentang Wuhan yang mungkin masih ramai orang belum tahu:

1. Pasar Borong Makanan Laut Huanan

Terdapat sebuah pasar yang menjual haiwan eksotik seperti ular, tikus, serigala hidup dan koala di Wuhan, China. Ia dikatakan menjadi punca utama kepada penyebaran wabak koronavirus.

Walau bagaimanapun, pasar ini sudah ditutup oleh pihak berkuasa pada 1 Januari lalu.

2. Bandar ketujuh terbesar di China

people walking on pedestrian lane during day time

Terdapat tiga daerah di bandar Wuhan iaitu Wuchang, Hankou dan Hanyang. Selain itu, Sungai Yangtze dan Sungai Han turut mengalir melalui bandar ini.

Menurut laporan Washington Post, bandar itu dilaporkan mempunyai populasi sebanyak 11 juta orang menjadikannya bandar ketujuh terbesar daripada segi jumlah penduduk.

3. Stadium

Salah satu stadium yang terkenal di bandar ialah Wuhan Five Rings Sports Center yang dibina pada 2002 dan mempunyai kapasiti sebanyak 30,000 tempat duduk.

Kepada penggemar bola sepak pula, ia merupakan stadium untuk kelab bola sepak yang bertanding di Liga Super China, Wuhan Zall.

4. Masjid

Mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa terdapat masjid di bandar Wuhan yang dibina untuk umat Islam menunaikan ibadah.

Masjid Qiyijie di Wuhan dibina semasa Dinasti Qing (1644-1911). Selain itu, masjid ini dianggarkan boleh menampung sebanyak 500 jemaah dalam satu masa.

5. Pengangkutan awam di Wuhan

Pengangkutan awam di sesebuah bandar adalah amat penting sebagai mod untuk memudahkan perjalanan penduduk tempatan dan pengunjung dari satu tempat ke satu tempat lain.

Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam di bandar tersebut seperti kereta api dan bas.

Stesen Kereta Api Wuhan mempunyai pelbagai fasiliti seperti 20 laluan kereta api dan 10 platform.

Dikatakan bahawa semua kereta api yang melalui stesen ini ialah kereta api kelajuan tinggi ke Beijing, Shanghai, Guangzhou, Zhengzhou, Lanzhou, Yichang dan Taiyuan.

Untuk pengetahuan, anda hanya perlukan 80 yuan (RM47) dan 60 minit sahaja untuk ke Wuhan dari Guangzhou! Menarik, bukan?

6. Perindustrian

Sebuah hab perindustrian di China, sektor pengilangan utama Wuhan termasuk bidang teknologi tinggi seperti kejuruteraan kereta api dan biologi, automobil serta farmaseutikal.

Tahukah anda bahawa Syarikat Dongfeng – Peugeot Citroen Automobile Co. Ltd merupakan pengilang utama kenderaan Citroen untuk dipasarkan di benua Asia? Ibu pejabat syarikat tersebut terletak di Wuhan.

Selain itu, terdapat sebuah makmal biologi yang telah dibina oleh kerajaan China khusus untuk mengkaji pelbagai jenis virus yang berbahaya di dunia.

Untuk pengetahuan anda, makmal ini direka dengan mengikut standard yang betul supaya sebarang kajian ke atas patogen berbahaya boleh dilakukan.

7. Pelancongan

Mulan Heaven Lake

Wuhan sebenarnya mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang mempunyai seni bina yang menarik dan tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah untuk istirehat dan menenangkan fikiran.

Antara tourist spot yang sering menerima ramai pengunjung di bandar tersebut ialah East Lake dan Mulan Heaven Lake.

8. Mercu tanda di Wuhan

tempat menarik di wuhan
Yellow Crane Tower

Sekiranya Paris mempunyai Menara Eiffel dan Kuala Lumpur mempunyai Menara Berkembar Petronas, sudah tentu Wuhan mempunyai landmark tersendiri.

Sekiranya anda berkunjung ke Wuhan, anda wajib pergi ke Yangtze River Bridge.

Dibina pada tahun 1957, ia merupakan jambatan pertama yang dibina di atas Sungai Yangtze. 

Selain itu, Yellow Crane Tower juga perlu berada dalam bucket list anda sekiranya mempunyai perancangan untuk ke Wuhan!

Apa yang menariknya tentang Yellow Crane Tower ialah pemandangannya yang indah kerana ia terletak di Bukit Naga.

9. Tempoh penerbangan ke Wuhan

Penerbangan secara terus ke Wuhan akan mengambil masa selama 4 jam dan 35 minit sekiranya anda dari Kuala Lumpur.

Selain itu, penerbangan secara terus dari Kota Kinabalu ke Wuhan akan mengambil masa selama 4 jam dan 5 minit.

10. Koronavirus dan Wuhan

Video berdurasi tiga minit ini menerangkan secara ringkas dan padat tentang koronavirus dan langkah-langkah pencegahannya.

Selepas membaca artikel ini, adakah Wuhan akan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang bakal dikunjungi oleh anda pada masa hadapan?

Untuk membaca lebih banyak artikel tentang pelancongan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca