10 Fakta Menarik Mengenai Siri Animasi Usop Sontorian

Jika korang masih ingat dengan siri animasi Usop Sontorian ini korang memang lejen! Masih ingat lagi, petang-petang selepas pulang dari sekolah atau mengaji pasti akan duduk di depan televisyen untuk menonton siri animasi kegemaran ramai ini.

Animasi ini mengisahkan kehidupan kampung yang memfokuskan Usop, yang tinggal bersama keluarga. Usop juga mempunyai kawan-kawan yang akan bersama dengannya iaitu Abu, Dol, Singh, Vellu dan Ah Kim. Mereka sering bersama dalam melakukan pelbagai “projek” seperti membuat rakit, gasing, meriam buluh terbesar dan lain-lain.

Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod. Setiap episod mempunyai cerita yang berlainan. Antara episod yang menarik adalah:

– Lari Dari Rumah
– Kawan Baru
– Peminat Setia
– Dol Pindah
– Main Gitar
– Pendekar
– Bermain Rakit
– Berkhemah
– Selebet
– Misi Budin Ke KL
– Sayang Kak Kiah
– Merdeka

10 Fakta menarik mengenai Usop Sontorian.

1. Usop Sontorian merupakan siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari tahun 1996 hingga 1998.

2. Diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd yang diketuai oleh Dato Md. Othman Hj. Yusuf atau lebih dikenali sebagai Dato’ MOY (Kharisma Pictures diubah menjadi MOY sekitar awal 2000-an).

3. Siri animasi ini diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang dan dimuatkan dalam komik Ujang.

4. Disebabkan popularitinya yang meningkat, Kamn Ismail (pengarah animasi) berbincang dengan Ujang untuk menjadikannya sebagai kartun animasi bersiri.

5. Usop Sontorian merupakan animasi pertama di Malaysia dan mendapat sambutan sehingga ke serata dunia.

6. Mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia.”

7. Animasi ini mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia kerana ia sememangnya menggambarkan kehidupan kampung dan penyatuan setiap bangsa yang berbeza dalam pelbagai cara.

8. Nama Sontorian diambil daripada nama tempat di Johor iaitu Parit Sontor. Selepas siri animasi ini menjadi terkenal, Parit Sontor turut merasai tempiasnya.

9. Turut disiarkan di Festival Animasi Asia di Hiroshima, Jepun pada tahun 1996.

10. Animasi ini terhenti tayangannya disebabkan kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1998.

Siri animasi ini sentiasa menjadi ingatan kerana membuatkan kita sentiasa mengimbau kenangan waktu kecil. Bagaimana kehidupan kampung sebelum datangnya internet, telefon bimbit dan alat-alat teknologi yang lain. Ia memberi gambaran kepada kita, inilah kanak-kanak dahulu menghabiskan masa mereka bermain lagi-lagi masa bulan puasa. Bagi saya, jika mereka siarkan semula siri ini, mesti lagi seronok.

Saksikan salah satu episod menarik Usop Sontorian

Sumber: soscili.my

Artikel Lain Untuk Di Baca