10 Daerah Johor Dilanda Banjir, Peruntukan RM50 Juta Telah Diluluskan

Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir terus naik mendadak, seramai 30 ribu penduduk terjejas banjir kali ini.

Malam semalam, jumlah mangsa banjir terus meningkat seramai 28,486 mangsa di 198 PPS atas sebab hujan yang berterusan.

Oleh kerana jumlah mangsa tinggi, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM50 juta untuk Johor yang sedang dilanda bencana banjir paling buruk yang pernah dilanda oleh negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan kelulusan itu tadi ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Qaryah Serdang di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Saya luluskan RM50 juta segera untuk Johor bagi tujuan selenggara sungai dan untuk bantu mangsa banjir serta keperluan lain yang segera.

“Beberapa menteri sudah turun hari ini dan esok sebahagian lagi. Saya akan turun dalam masa singkat,” katanya.

Masuk hari kelima, jumlah mangsa di Johor terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan RM10 juta bantuan untuk Johor telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Semoga bantuan dari kerajaan dapat meringankan beban mangsa yang kini, sedang mengharungi bencana ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca