Sebut sahaja apa jenis video pasti semua anda boleh dapatkan dengan mudah di YouTube. Nak masak tak tahu resepi? YouTubekan saja.

Nak jahit baju tapi tak pandai? Tak jadi masalah YouTubekan ada. Pendek kata anda boleh belajar atau dapatkan info yang macam-macam daripada YouTube.

Menerusi YouTube juga Najwa Latif, Zee Avi, Upiak Isil dan Justin Bieber mula dikenali dan disunting menjadi penyanyi terkenal.

YouTube juga menjadi medium memperkenalkan bakat terpendam selain berkongsi info dalam pelbagai bidang termasuk lakonan, melukis, editing dan bermain alat muzik.

Lebih menarik, dengan adanya YouTube channel sendiri anda boleh buat duit!

Sebelum itu anda perlu tahu terlebih dahulu 10 YouTube channel yang menarik dan ramai pengikutnya.

1. Johanis Sani

YouTuber dan social media influencer genit ini bukan sahaja berbakat besar dalam dunia nyanyian, malah dia percaya bahawa setiap suara individu mampu membawa perubahan baik negatif mahupun positif. Johanis Sani berdiri di platform sendiri dengan pengikut Instagram seramai 369 ribu orang manakala di YouTube pula sebanyak 164 ribu.

Video beliau yang bertajuk ‘What’s In My Mouth Challenge feat. Charis Ow’ telah mencapai tontonan lebih daripada 4 juta dan merupakan satu pencapaian yang besar. Selain daripada itu beliau turut melakukan video untuk review produk, cover lagu, tips memakai mekap dan turut kongsikan aktiviti yang dilakukan. Ramai yang menggemari video yang dikongsikan oleh beliau itu kerana sikapnya yang bersahaja.

2. Shazreen Fazlynda

Bermuka manis, perwatakan yang menarik dan dialog yang lucu menarik perhatian penonton untuk menonton karya YouTube Shazreen Fazlynda. Karya beliau ada yang kelakar dan ada juga yang membuat penonton menitiskan air mata. Apa yang pastinya karya-karya beliau menyampaikan maksud tersirat dengan gaya yang tersendiri.

3. Aiman Azlan

Aiman Azlan merupakan Vlogger muda yang terkenal dengan cara penyampaiannya yang bersahaja dan lucu ternyata berkesan dan berjaya menarik ramai orang untuk menonton video beliau. Topik pendidikan, Ramadan dan cinta merupakan antara subjek yang paling mendapat sambutan dalam video yang dimuat naik olehnya.

Pemilik nama penuh Muhammad Aiman Azlan ini memperoleh jumlah pengikut yang ramai di channel YouTube iaitu seramai 42 ribu dan meraih lebih 70,000 hingga 100,000 ribu tontonan menerusi video-video yang dikongsi oleh beliau.

Sikap suka berkongsi pendapat beliau itu membuatkan ramai yang berasa selesa dan berasa seronok untuk menonton video-videonya.

4. Nisha Ezzati

Telatahnya yang bersahaja dan ramah merakam video sering mendapat perhatian para pengikutnya. Beliau juga dikenali dengan nama ‘Samprit’ kerana orangnya sangat manis seperti samprit. Para gadis di luar sana pasti mengenali beliau yang merupakan ‘beauty vlogger’.

Beliau mula aktif sebagai vlogger sekitar tahun 2009 dan sehingga kini Nisha masih aktif sehingga beliau digelar ‘social media influencer’ untuk pelbagai jenama kosmetik terkemuka antaranya ialah Dior, M.A.C, Maybeline dan banyak lagi.

Selain sering tampil dengan review yang jujur tentang produk-produk yang digunakannya di saluran YouTubenya sendiri, Nisha juga punyai naluri fesyen yang yang sentiasa tepat. Sebab itu tidak hairanlah mengapa gadis ini mempunyai pengikut seramai 117 ribu di channel YouTube.

5. Lejen TV

Lejen TV yang baru dicipta awal tahun ini telah menarik minat orang ramai dengan perkongsian video tentang isu semasa tetapi dengan cara yang lebih santai dan diselitkan dengan elemen-elemen yang lucu agar penonton tidak berasa bosan apabila menontonnya.

Turut terdapat video blog yang berkongsi tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

6. Syed Mir Iqbal (Vokalis Insomniacks)

Syed Mir Iqbal atau lebih mesra dipanggil Iqie ini merupakan vokalis kepada kumpulan yang semakin meningkat naik iaitu Insomniacks dan terkenal dengan lagu terbaru mereka Pulang.

Mempunyai pengikut seramai 23 ribu beliau begitu aktif berkongsi lagu-lagu yang dinyanyi oleh beliau menerusi channel YouTube miliknya. Bukan hanya menyanyikan lagunya sendiri tetapi lagu-lagu daripada artis lain tetapi dengan gayanya yang tersendiri.

7. Thinker Studios

Thinker Studios merupakan sebuah syarikat produksi televisyen yang wujud sejak 2013. Ia terkenal dengan rancangan bual bicara ‘Motif Viral’ yang mencari sesiapa sahaja yang sedang tular di media sosial menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Membincangkan topik atau video yang menjadi viral, rancangan ini dihoskan oleh beberapa orang pengacara dan antaranya ialah Hazeman Huzir.

Di channel YouTube mereka sering berkongsi video-video ulasan berkenaan lagu terbaru atau pun filem terbaru tetapi dengan aksi yang begitu lucu sehingga membuat penonton tidak kering gusi.

8. Ainaa Channel

Selebriti Instagram iaitu Syafiqah Aina sering kongsikan tips dan review tentang produk-produk di YouTubenya ini.

Terbaru ini beliau turut berkongsi video tentang perjalanan dan pengalaman beliau sepanjang mengandungkan anak pertamanya bersama Hafiz Maahad. Menerusi Ainaa channel juga beliau turut kongsikan review tentang produk yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

9. Padu Beb Studios

Padu Beb Studios sering kongsikan video-video yang terdiri daripada video food review, travelogue, unboxing gadget dan pelbagai lagi.

Hostnya yang sememangnya terkenal dengan gaya bersahaja dalam melakukan review makanan dan mampu membuatkan penonton terliur apabila melihat makanan yang dikongsikan oleh beliau itu.

10 FA Selangor

FA Selangor merupakan channel YouTube rasmi bagi pasukan bola sepak Selangor. Berkonsepkan video blog, channel ini kongsikan segala perkara yang berkaitan dengan pasukan tersebut.

Peminat pasukan Selangor pasti berasa seronok untuk menonton channel YouTube ini kerana ia seolah memberi peluang penonton untuk menyaksikan perlawanan dan info terkini tentang pasukan kegemaran mereka.

Jadi inilah 10 YouTubers/Vloggers Malaysia yang menambat hati ramai orang. Jadi, jangan lupa untuk subscribe semua channel yang kami kongsikan ini ok?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry