10 Channel Telegram Yang Patut Anda Ikuti

Telegram tidak asing lagi dalam dunia messenger yang semakin popular di Malaysia. Telegram Messenger antara yang terbaik pernah ada dengan kelebihan yang unik seperti sticker, channel dan supergroup berdasarkan cloud.

Telegram channel dan group adalah dua benda yang berlainan di mana channel merupakan sesuatu yang korang hanya mampu ikuti dan tengok sahaja. Dalam erti kata lain, korang tidak akan dapat memberi apa-apa maklum balas pada channel berkenaan. Telegram group pula adalah seperti group di lain-lain aplikasi di mana korang boleh bertukar mesej dengan ahli group yang lain.

Kali ini kami kongsikan 10 channel Telegram yang patut anda semua join. Antaranya adalah:

1. Semuanya Bola

Channel ini menulis artikel berkenaan bola sepak di dalam dan di luar negara. Sesiapa yang peminat tegar sukan ini, korang bolehlah ikuti channel tersebut kerana ia terkandung pelbagai jenis informasi berkenaan dengan bola sepak. Telegram ini telah mempunyai pengikutnya seramai 8167 orang.

2. Write To Wealth Official News Lounge

Channel ini mengajar mengenai copywriting dan ia turut memberikan nasihat kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan. Mereka memberikan tips dan pandangan tentang sesuatu produk. Mereka juga membantu para perniaga yang ingin tahu tentang pengurusan kewangan.

Channel ini sangat bagus untuk korang yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu apa yang perlu lakukan. Korang bolehlah ikuti channel Telegram ini. Channel ini telah mempunyai pengikut seramai 10,001 orang.

3. LejenPress

Channel yang dicipta sejak tahun 2011 ini telah menarik minat orang ramai terutamanya peminat-peminat novel yang diterbitkan oleh Lejen Press itu sendiri. Antara perkongsian untuk para pengikut akaun ini adalah ungkapan-ungkapan menarik dan popular daripada novel-novel terbitan mereka.

Namun begitu, perkara yang dikongsikan oleh channel ini bukan sahaja merangkumi aspek penerbitan. Channel ini turut berkongsi tentang artikel-artikel semasa. Jadi, sekiranya korang semua tidak mahu terlepas apa-apa update daripada Lejen Press, pastikan korang ikuti mereka sekarang! Pada ketika artikel ini diterbitkan channel tersebut mempunyai pengikut sebanyak 1131 orang.

4. Ridcreeps

Atuk Rid merupakan seorang yang gemar dengan cerita seram. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mencipta channel Telegram bagi memudahkan peminat-peminat yang membaca cerita seram boleh membaca di channel tersebut. Sesiapa yang gemar membaca cerpen, korang bolehlah membaca di dalam channel ini. Channel ini mengandungi banyak cerpen yang bertemakan seram dan thriller. Pengikut channel ini seramai 6042 orang.

5. Nota Kesihatan Dr. Kamarul

Dr. Kamarul merupakan seorang doktor dan juga seorang penulis. Dia sering berkongsi tips dan ulasan mengenai kesihatan tubuh badan. Di dalam channel ini, korang boleh mendapatkan banyak informasi berkenaan kesihatan daripada segi pemakanan, pengambilan produk dan bermacam-macam lagi. Channel ini telah mempunyai pengikut seramai 7647 orang.

6. ShareInfoKLBookFair

Channel ini berkongsi tentang pesta buku yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini. Channel ini juga berkongsi berkenaan dengan pelbagai info yang menarik seperti tempat dan tarikh yang bakal berlangsungnya pesta buku. Di dalam channel ini juga, korang boleh tahu program atau aktiviti apa yang sedang dijalankan oleh penganjur seperti Sayembara Baca dan Berkongsi, pelancaran buku dan lain-lain lagi.

Jika korang gemar berkunjung ke pesta buku, korang bolehlah ikuti channel ini kerana korang akan dapat banyak informasi berkenaan pesta yang akan dianjurkan. Untuk pengetahuan korang, channel ini mempunyai pengikut seramai 2219 orang.

7. MalaysiaKini BM

Korang juga boleh dapatkan berita semasa melalui channel ini. Channel ini memaparkan isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan juga di luar negara dengan pantas seperti media platfrom yang lain serta mempunyai pengikut seramai 1375 orang.

8. Bingkisan Puisi

“Pen pena di sebelahku seakan memaksa untuk aku menulis ayat-ayat puisi, nasihat, cinta, story yang ku nukilanku hanya bersarang di dalam hati. Inginku khabarkan, izikan aku untuk menulis.”

Itulah salah satu kata-kata puisi yang terdapat di dalam channel ini. Jika korang pengemar puisi, korang bolehlah ikuti channel ini kerana channel ini terdapat banyak kata-kata puisi yang sangat mendalam. Pengikut channel ini adalah seramai 5009 orang.

9. Ceramah Agama

“Tanpa nasihat pasti rebah.” Apa yang dikongsikan melalui channel ini dapat membantu orang ramai dalam menguruskan kewangan serta kehidupan mereka. Channel ini mempunyai pengikut seramai 9993 orang. Jika korang mempunyai masalah atau kekeliruan tentang sesuatu terutamanya mengenai agama dan kewangan channel akan membantu korang.

10. Lawak Kampus

Channel ini menghimpukan lawak-lawak yang pasti akan membuatkan korang terhibur dan tak kering gusi membaca lawak-lawak tersebut. Channel ini juga dalam masa yang sama memberikan maklumat tentang keadaan semasa tetapi melalui penulisan yang lucu. Channel ini mempunyai pengikut seramai 6821 orang. Karya yang terdapat di dalam channel ini juga banyak memberikan korang ilmu tentang sesuatu perkara itu kenapa terjadi.

Untuk korang yang mempunyai tekanan terhadap persekitaran, korang bolehlah ikuti channel ini.

Jadi, adakah korang tahu tentang kesemua channel ini? Jika korang tidak tahu dan belum mengikuti channel ini pastikan korang ikutinya supaya timeline Telegram korang dipenuhi dengan post-post yang bukan sahaja kaya dengan informasi malah dapat menghiburkan hari korang.

Artikel Lain Untuk Di Baca