10 Beranak Di Dungun Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Kediaman Hangus Dijilat Api

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah yang menimpa sepuluh beranak di bulan Ramadan apabila mereka tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka yang bertempat di Kampung Padang Jambu, Dungun hangus dijilat api.

Dalam insiden kebakaran yang berlaku pada jam 4.10 petang Rabu itu, keluarga berkenaan dilaporkan turut kehilangan wang simpanan mereka berjumlah kira-kira RM25,000 yang disimpan di dalam rumah terbabit.

Ketika kejadian berlaku, mangsa iaitu Ghazali Baru, 63 tahun dikatakan sedang membersihkan persekitaran rumahnya manakala lima anaknya yang berusia empat hingga 14 tahun sedang nyenyak tidur.

Dalam pada itu, isterinya iaitu Normah Abu Bakar, 45 tahun bersama tiga lagi anak mereka membantu rakannya menjual kuih.

Ketika sedang asyik membersihkan kawasan rumah, Ghazali terdengar beberapa bunyi letupan kecil. Belum sempat dia berbuat apa-apa, dia mendapati api sudah pun menyambar bahagian atap.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab, sejurus menerima panggilan, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kata Mohd Aidil, ketika mereka tiba di lokasi kejadian, api sedang marak membakar kediaman tersebut dan pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah sekitar.

Memetik laporan Astro Awani, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 5.15 petang dan punca serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan musibah kebakaran, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca