Mahu Mula Atau Kembangkan Bisnes Tapi Tiada Modal? Ini 10 Bantuan Kewangan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon

Mengharapkan pendapatan daripada satu pekerjaan semata-mata untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi sekarang memang tidak memadai memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dari masa ke masa. Mungkin gaji yang diperoleh setiap bulan itu hanya cukup-cukup makan sahaja, nak menyimpan memang jauh sekali.

Salah satu inisiatif yang boleh diambil bagi menampung perbelanjaan adalah dengan membuat bisnes. Tidak kiralah bisnes apa yang mahu diceburi, setiap satu daripadanya pasti mempunyai kitaran dan peringkat yang tersendiri. Di setiap peringkat pula, kita perlu membelanjakan sejumlah modal untuk memastikan bisnes boleh terus berkembang agar tidak menemui titik noktah begitu sahaja.

Namun begitu, faktor modal yang tidak mencukupi membuatkan ramai di antara kita terpaksa membatalkan niat untuk memulakan bisnes. Sebenarnya, terdapat banyak bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan buat mereka yang ingin memulakan bisnes tetapi mempunyai kekangan wang.

Berikut kami kongsikan 10 bantuan kewangan yang boleh anda mohon sekiranya memerlukan modal untuk memulakan atau mengembangkan bisnes:

1. TEKUN

TEKUN ada menawarkan skim-skim pembiayaan perniagaan merangkumi skop yang agak luas. Sebagai contoh, bagi Skim Pembiayaan Kecil (SPK), ia berjumlah antara RM10,000 hingga RM50,000 manakala Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) pula berjumlah antara RM50,000 hingga RM100,000. Untuk maklumat lanjut tentang TEKUN, anda boleh klik di sini.

2. Skim Pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Skim Pembiayaan MARA merangkumi pinjaman untuk pelbagai golongan. Pada masa yang sama, ia juga memberi beberapa kelonggaran termasuklah pengecualian daripada cagaran. Untuk maklumat lanjut tentang Skim Pembiayaan MARA, anda boleh klik di sini.

3. TERAJU

Dana Teras adalah bertujuan untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS). Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dengan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh RHB Islamic dan Hong Leong Islamic Bank. Ia hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program TERAS. Untuk maklumat lanjut tentang TERAJU, anda boleh klik di sini.

4. HIJRAH SELANGOR

HIJRAH SELANGOR bertujuan untuk melebarkan golongan kelas menengah di Selangor. Program ini khas untuk penjaja dan peniaga kecil sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang HIJRAH SELANGOR, anda boleh klik di sini.

5. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)

SUPERB menyediakan geran (tanpa bayaran balik) sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat permulaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta. Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun. Untuk maklumat lanjut tentang SUPERB, anda boleh klik di sini.

6. Dana Mudahcara

Dana berbentuk geran ini disediakan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta. Nilai minimum untuk projek yang layak memohon adalah RM500,000 dan had maksimum dana adalah RM30 juta. Untuk maklumat lanjut tentang Dana Mudahcara, anda boleh klik di sini.

7. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

PUNB merupakan sebuah organisasi yang menawarkan skim-skim pembiayaan untuk pelbagai jenis peringkat termasuklah skim pembiayaan untuk peruncit dan juga pemborong. Untuk maklumat lanjut tentang PUNB, anda boleh klik di sini.

8. MyCreative Ventures

MyCreative Ventures merupakan sebuah badan yang ditubuhkan bagi membantu usahawan daripada bidang kreatif dan seni. Bantuan dana yang disediakan berbentuk pinjaman atau pelaburan ekuiti sehingga RM5 juta. Untuk maklumat lanjut tentang MyCreative Ventures, anda boleh klik di sini.

9. Dana Pembangunan Halal

Dana Pembangunan Halal yang juga merupakan satu inisiatif pembiayaan yang disediakan oleh TERAJu disasarkan kepada pengusaha industri halal dan usahawan Bumiputera yang mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran halal global. Untuk maklumat lanjut tentang Dana Pembangunan Halal, anda boleh klik di sini.

10. Amanah Ikhtiar Malaysia

Sebuah skim pembiayaan untuk golongan berpendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM3,855. Untuk maklumat lanjut tentang Amanah Ikhtiar Malaysia, anda boleh klik di sini.

Dalam memohon pinjaman, perkara yang paling penting adalah kertas kerja. Ia menjadi titik tolak sama ada permohonan pinjaman anda diluluskan atau tidak. Dalam erti kata lain, kertas kerja atau sering disebut sebagai business proposal merupakan syarat wajib untuk semua jenis perniagaan dan pinjaman.

Tidak dinafikan, kertas kerja bukanlah mudah untuk dibuat kerana ia memerlukan butiran yang sangat terperinci. Malah, ia juga mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Kini, anda tidak perlu runsing lagi memikirkan soal ini kerana Kertas Kerja Pinjaman Power ada menyediakan template kertas kerja pinjaman untuk anda! Menariknya, template kertas kerja pinjaman ini sudah siap dan lengkap. Anda cuma tinggal masukkan butiran bisnes sahaja. Senang, bukan?

Template kertas kerja pinjaman ini hanya boleh didapati menerusi OnPay. Sebaik sahaja anda membuat bayaran di OnPay, template kertas kerja pinjaman ini akan terus dihantar kepada anda menerusi e-mel.

Masih ragu-ragu untuk dapatkan template kertas kerja ini? Berikut kami kongsikan beberapa testimoni yang membuktikan template kertas kerja ini mampu memberikan anda kelulusan pinjaman:

Jadi, dapatkan template kertas kerja dari Kertas Kerja Pinjaman Power sekarang untuk memudahkan urusan anda dan yang pasti, meluluskan permohonan pinjaman anda. Modal berniaga kini bukan lagi penghalang dengan adanya template kertas kerja ini. Klik di sini untuk dapatkan template kertas kerja dari Kertas Kerja Pinjaman Power. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca