10 Baka Kucing Import Paling Mahal Di Dunia

Bagi pencinta haiwan, binatang peliharaan seperti kucing atau anjing sudah diibaratkan sebagai sebahagian daripada ahli keluarga. Oleh itu, mereka tidak kisah untuk mengeluarkan wang yang banyak demi memastikan makhluk-makhluk ciptaan Tuhan ini mendapat hidup yang sempurna.

Namun begitu, bukan semua baka haiwan peliharaan sesuai untuk semua kerana terdapat beberapa faktor seperti pemakanan dan kesihatan yang memerlukan perhatian yang tinggi.

Berikut merupakan 10 baka kucing import paling mahal di dunia.

1. Ashera (RM64,000 ke RM426,000)

Merupakan baka kucing paling mahal di dunia, Ashera merupakan binatang kacukan Kucing Serval Afrik, Kucing Asian Leopard dan kucing domestik.

Meskipun Ashera adalah kucing berbaka besar, haiwan ini sebenarnya mempunyai personaliti yang tenang.

2. Savannah (RM6,400 ke RM212,000)

Kucing Savannah juga merupakan hasil campuran di antara baka domestik dengan baka serval.

Kucing baka ini dikatakan sangat pintar dan bijak sehingga menerima pengiktirafan The International Cat Association (TICA) sebagai baka kejohanan.

3. Bengal (RM4,300 ke RM106,000)

Harimau kumbang tapi dalam bentuk kucing? Pelik tapi itulah hakikatnya kerana Bengal adalah kucing campuran baka domestik dengan kucing Asian Leopard (ALC), Prionailurus bengalensis.

Meskipun, Benggal kelihatan seperti kucing liar, tetapi ada yang mengatakan bahawa baka ini sangat mesra dan suka bermain.

4. Allerca Hypoallergenic (RM25,500)

Apa yang membezakan kucing ini dengan kucing baka lain adalah ia sebenarnya merupakan hasil daripada pelbagai ujikaji genetik.

Selain mempunyai nama yang aneh, baka ini dihasilkan sebagai cara untuk mengatasi masalah mereka yang mempunyai masalah alahan kepada haiwan.

5. Parsi (RM2,100 ke RM23,500)

Disukai ramai kerana bulunya yang lebat dan berpewatakan comel, kucing Parsi merupakan baka kacukan di antara Exotic Shorthair dan Himalayan.

Sering menjadi pilihan golongan berada, haiwan ini sangat sukakan perhatian dan mengenali ahli keluarganya.

6. Peterbald (RM5,000 ke RM20,000)

Merupakan hasil daripada ujikaji mengawan antara kucing baka Donskoy dan Oriental Shorthair, Peterbald dikatakan berasal daripada Rusia.

Meskipun kelihatan sama seperti Sphynx, kedua-dua baka kucing ini dapat dibezakan dengan bentuk muka mereka. Selain bijak, kucing ini tidak mempunyai masalah untuk hidup bersama haiwan lain.

7. Russian Blue (RM1,700 ke RM12,800)

Terkenal dengan sikapnya yang suka bermain, kucing baka Russian Blue ini walau bagaimanapun, dikatakan agak pemalu dengan orang yang tidak dikenali.

Meskipun harganya agak mahal, terdapat individu yang sanggup membeli haiwan ini kerana telatahnya yang lucu.

8. Sphynx (RM1,280 ke RM12,800)

Walaupun sesetengah orang tidak menyukai kucing ini kerana rupanya yang tidak berbulu, Spyhnx menjadi pilihan selebriti popular seperti Lady Gaga.

Disebabkan Spyhnx tidak berbulu, kucing ini perlu dimandikan sekali atau dua kali dalam seminggu. Haiwan ini juga suka bermain dan sangat penyayang.

9. Scottish Fold (RM850 ke RM12,800)

Menjadi tarikan kerana telinganya yang seakan-akan arnab, Scottish Fold sangat sesuai buat mereka yang tidak mempunyai bajet besar.

Walaupun kelihatan seperti anak patung, kucing ini harus diberikan ruangnya sendiri kerana perhatian yang terlalu banyak mampu menimbulkan tekanan.

10. British Shorthair (RM2,000 ke RM6,500)

Berkemungkinan merupakan baka kucing paling tua di dunia, British Shorthair didakwa berasal dari Eropah sebelum diimport masuk ke Britain semasa zaman penjajahan.

British Shorthair dikatakan gemar dengan kawasan rumah yang sibuk dan suka akan kanak-kanak.

Diharapkan senarai ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca untuk memilih baka kucing yang bersesuaian.

Penulis:

  • Nur Hidayah binti Fahrudzaman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan haiwan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca