Masyarakat kita pada hari ini terutamanya generasi Y dan Z pasti memiliki akaun media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan dipandang pelik sekiranya tidak mempunyai mana-mana akaun di media sosial.
Tidak hairanlah mengapa media sosial kini dianggap sebagai ‘nyawa’ kepada majoriti pengguna. Kalau kita lihat di kedai makan, ramai yang sibuk scroll skrin telefon pintar masing-masing berbanding berkomunikasi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga di hadapan mereka.
Sebelum ini, kami pernah kongsikan 11 Akaun Yang Patut Anda Follow Di Twitter. Kali ini, kami kongsikan pula bahagian 2 dalam siri ini. Berikut adalah 10 lagi akaun yang patut anda follow di Twitter:
1. Asrul Muzaffar (@asrulmm)
“The King should remain apolitical, segregating himself from the political cauldron and staying away from becoming an instrument for the benefit of any party”
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Timbalan Yang Dipertuan Agong pic.twitter.com/MgUOmzQY99— Asrul Muzaffar🇲🇾 (@asrulmm) April 12, 2019
Asrul Muzaffar yang merupakan seorang pakar dalam pengurusan projek dan juga seorang penulis ini mempunyai 28,200 pengikut di laman Twitternya. Maklumat dan fakta yang dikongsikan oleh beliau sangat menarik. Bukan itu sahaja, penjelasan beliau terhadap sesuatu topik yang dibincangkan juga mudah difahami oleh semua lapisan umur.
2. A&W Malaysia (@anwmalaysia)
Kenapa A&W RB special.
Ini thread, pic.twitter.com/WBykDbJ4di— A&W Malaysia (@anwmalaysia) October 19, 2018
Nama A&W sudah semestinya tidak asing lagi dalam kalangan penggemar rangkaian makanan segera. Bagi mereka yang sukakan diskaun, anda wajib untuk follow akaun ini! Segala maklumat tentang promosi yang sedang berlangsung akan dikongsikan di laman Twitter yang dicipta sejak tahun 2016 ini.
Selain itu, menerusi akaun ini, anda juga tidak akan terlepas daripada segala update berkaitan produk makanan baru yang ditawarkan di A&W. Di samping itu, thread tentang sesuatu topik yang menarik berkenaan produk dan syarikat ini turut dikongsikan di akaun Twitter A&W.
3. Rekomen Filem (@RekomenByAsrul)
Ulasan filem ONE TWO JAGA:
“Macam manalah kau boleh kata kita tak ada filem tempatan yang baik? Kau yang tak jumpa. Kau yang tak sokong” – @shafiqmazlan12#RekomenFilem pic.twitter.com/3YF37jXhT2
— Rekomen Filem🇲🇾 (@RekomenByAsrul) September 6, 2018
Akaun yang diasaskan oleh Asrul Muzaffar ini berkongsi tentang ulasan filem-filem tempatan dan juga luar negara. Beliau turut merekomenkan filem-filem yang anda semua wajib tonton. Akaun yang baru sahaja dicipta pada tahun lepas ini sudah mempunyai hampir 10,000 pengikut.
Apa yang menariknya, setiap ulasan beliau sangat terperinci dan segala aspek diambil kira dalam mengkritik sesuatu filem.
4. Anwar Hadi (@IniAnwarHadi)
[di dalam sebuah kelas]
Cikgu: okay, konsep ni macam susah sikit, jadi bagi saya terangkan dulu.
Noh Hujan: Tak usah kau terangkan ku tahu.
— Anwar Hadi (@IniAnwarHadi) April 11, 2019
Nama Anwar Hadi tentu sekali tidak asing lagi bagi peminat video blog di Malaysia. Anak kelahiran Kedah ini yang juga merupakan graduan jurusan TESL di sebuah universiti di Sydney, Australia mempunyai hampir 300,000 pengikut di laman Twitternya.
Apa yang menarik tentang akaun ini adalah tweet daripada Anwar Hadi ini selalunya berunsurkan jenaka yang mampu membuat pengikutnya terhibur.
5. brgsjks (@brgsjks)
https://twitter.com/brgsjks/status/1097352697169141761
Rasanya, pemilik kepada akaun yang dicipta sejak tahun 2011 ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasti majoriti warga Twitter pernah ‘terserempak’ dengan tweet beliau di timeline masing-masing. Tweet-tweet daripada Hanif Jamal atau lebih dikenali dengan nama Anep ini sangat menghiburkan.
Beliau yang merupakan graduan jurusan Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam ini juga gemar berkongsi video-video yang melucukan. Bukan itu sahaja, beliau yang mempunyai 370,000 pengikut di laman Twitternya juga selalu membuat thread ‘pasar malam’ di mana para peniaga dalam talian boleh mempromosikan perniagaan mereka secara percuma.
6. Mai (@MaisarahMahmud)
Ingredients that you need to AVOID if your skin is prone to breakouts : pic.twitter.com/4eMmEGRhTk
— Mai (@MaisarahMahmud) January 22, 2018
Maisarah Mahmud atau lebih mesra dengan nama Mai ini mempunyai 125,000 pengikut di laman Twitternya. Beliau yang diberi julukan ‘Sifu Skincare Twitter’ ini gemar berkongsi tentang tips penjagaan wajah. Pada masa yang sama, beliau juga sangat rajin membalas segala pertanyaan berkaitan tips penjagaan wajah daripada para pengikutnya.
Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Perakaunan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini gemar menekankan bahawa “Hydration is the key” dalam menyelesaikan apa-apa sahaja masalah kulit. Ramai yang mengikuti tips beliau sangat berterima kasih kerana kebanyakannya sesuai dan berguna bagi menyelesaikan masalah wajah yang mereka hadapi.
7. MandarinJer (@mandarinjer)
dah belajar cara Wo Ai Ni, sekali dah bercinta terpaksa breakup
我们分手吧
🔊 wǒ men fēn shǒu ba
let's breakup我不喜欢你
🔊 wǒ bù xǐ huān nǐ
I tak suka u我讨厌你
🔊 wǒ tǎo yàn nǐ
I benci uyg ni paling sakit
我配不上你
🔊 wǒ pèi bù shàng nǐ
I tak sesuai/tak layak dgn u😭
— MandarinJer (@mandarinjer) October 15, 2018
Akaun yang dicipta pada tahun 2017 ini menawarkan pembelajaran dan maklumat tentang bahasa Mandarin menggunakan jenaka selain merujuk kepada situasi semasa. Tweet-tweet daripada akaun ini sangat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang mengambil bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga di universiti masing-masing.
Menerusi akaun yang mempunyai 40,700 pengikut ini, anda akan dapat mempelajari bahasa Mandarin secara percuma. Selalunya, kelas-kelas bahasa Mandarin di luar sana mengenakan bayaran yang agak tinggi. Jadi, apa anda tunggu lagi? Sudahlah percuma, penerangan oleh admin yang menggelarkan dirinya sebagai Laoshi (Cikgu) itu juga sangat mudah untuk difahami.
8. Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta)
Tahukah anda jambatan ini menghubungkan Sweden dengan Denmark. 14km atas laut, 1.9km dalam laut. pic.twitter.com/oMXycPfiDi
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) October 15, 2015
Tweethandle akaun ini jelas mencerminkan apa yang dikongsikan mereka iaitu perkongsian tentang pengetahuan am, isu semasa, sukan, politik, hiburan dan juga agama. Pada masa yang sama, ia diselang-selikan dengan madah yang mampu membuatkan seseorang itu terhibur.
Dengan mengikuti akaun yang mempunyai 254,000 pengikut ini, anda secara tidak langsung akan dapat mengetahui tentang perkara-perkara yang mungkin anda semua tidak tahu sebelum ini. Sambil scroll timeline, sambil tambah ilmu pengetahuan!
9. ViralFoodCrew (@khairunnaim5)
Ikan Bakar Terangkat🐟🦐🦑🦀
Peminat tegar ikan bakar terutamanya duduk Kajang dan Bangi wajib mencuba Ikan Bakar Terangkat!!Mmg puas hati mkn dan paling penting, sedap smpi menjilat jari apabila dicicah dgn sambal pedas tersendiri mereka😋
📌IkanBakarTerangkat,Sg Merab, Kajang pic.twitter.com/0OOqWA3mM1
— MalayFoodHunter🔥🔥🔥 (@MalayFoodHunter) April 14, 2019
Mereka yang gemar food hunting wajib untuk follow akaun ini. Akaun yang dicipta sejak tahun 2012 ini berkongsi tentang tempat makan menarik yang wajib anda semua cuba. Segala komen daripada segi rasa, persembahan makanan dan juga harga turut dikongsikan.
Namun begitu, ada satu amaran sekiranya anda follow akaun ini. Bersedia untuk craving segala makanan yang dikongsikan kerana gambar-gambar yang dimuat naik di akaun ini mampu membuat siapa sahaja yang melihatnya meleleh air liur. Mungkin mereka yang sedang berpuasa terus batal puasanya apabila tweet daripada akaun ini muncul di timeline!
10. Bujibu (@bujibu_chempel)
https://twitter.com/bujibu_chempel/status/1110115799241416705
Siapa sahaja yang tidak kenal kucing bernama Bujibu Chempel ini? Kucing yang berasal dari Rusia ini dapat dianggap sebagai kucing paling popular di Malaysia. Namun begitu, akaun ini bukanlah dikendalikan oleh pemilik Bujibu iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tetapi ia cuma fan page semata-mata.
Walau bagaimanapun, Hairul sendiri yang mengizinkan fan page ini menggunakan nama kucing yang sentiasa mempunyai mimik muka ‘tidak puas hati’ itu selagi tidak memburukkan nama Bujibu.
Akaun yang dicipta sejak tahun 2011 ini banyak berkongsi tentang gambar dan video kucing yang sangat lucu dan comel. Penggemar kucing di luar sana wajib untuk follow akaun ini! Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa gambar dan video yang dikongsikan dapat menghiburkan hari anda dan dijadikan sebagai terapi kerana ada kajian yang mengatakan bahawa kucing merupakan satu terapi dan mampu mengurangkan stres seseorang.
Memandangkan Internet kini dianggap sebagai tempat yang negatif, jangan lupa untuk follow kesemua akaun yang kami kongsikan ini untuk memberikan aura yang positif dalam kehidupan anda. Paling penting, anda semua wajib untuk follow akaun Twitter Lejen Press dan juga I Am Lejen Shop, confirm hari anda tak akan suram lagi selepas ini!
11 Tanda Anda Perlu Berhenti Mengejar Orang Yang Tak Sudi
Anda masih berharap dan menunggu seseorang agar menerima cinta anda kerana kata orang, jodoh tak ke mana. Namun bagaimana pula jika perasaan dan perhubungan itu turut tidak ke mana-mana?
THREAD pic.twitter.com/i0dIlLYjoo
— LEJEN (@LejenPress) April 4, 2019
Bro @BetoKusyairy in da house! #iamlejenshop pic.twitter.com/ASj9pvssw4
— I Am Lejen Shop (@IAmLejenShop) March 26, 2019
Kepada mereka yang belum membaca bahagian pertama artikel ini, silalah berbuat demikian supaya anda tidak ketinggalan.