Muat naik foto peribadi ke Instagram adalah suatu kemestian bagi individu moden masa kini. Ada kalanya, Instagram dijadikan tempat untuk berkongsi hobi, minat, kreativiti serta kecenderungan seseorang individu terhadap fesyen, mekap, fotografi, tempat pelancongan makanan, binatang dan sebagainya.
Janganlah anda tidak mengaku pula, beberapa jam milik anda dalam sehari akan digunakan untuk melihat dan mengintai-ngintai gambar di Instagram milik orang lain kan? Bahkan media sosial seperti ini dianggap ‘nyawa’ yang tidak boleh berpisah hampir setiap waktu bagi sesetengah pengguna. Oleh itu, di sini kami kongsikan 10 akaun yang patut anda follow di Instagram.
1. Murad Osman (muradosmann)
View this post on InstagramA post shared by MURAD OSMANN (@muradosmann) on
Lelaki berbakat ini merupakan Penerbit Eksekutif untuk Hypepro.tv. Selain berkerjaya, dia juga gemar melancong serta melakukan aktiviti fotografi unik yang turut disertai teman wanitanya sebagai subjek sambil berlatarkan pemandangan indah di seluruh dunia.
Anda pasti teruja saat melihat foto-foto miliknya. Dalam setiap gambar, dia akan merakam teman wanitanya dari belakang sambil tangannya memegang tangan milik teman wanitanya. Jika anda obses dengan bidang fotografi, anda mungkin boleh mencuri inspirasi daripadanya kerana hasil karyanya telah mendapat pujian ramai orang.
2. Lizzie Velasquez (littlelizziev)
Mungkin ramai yang tidak mengenali wanita muda ini. Lizzie telah membuktikan bahawa rupa paras bukanlah tiket untuk mendapat perhatian umum, dihormati dan disegani semata-mata. Meskipun dirinya serba kekurangan, Lizzie berupaya untuk membina kehidupannya sendiri tanpa menghiraukan cacian serta hinaan orang terhadap kekurangan dirinya.
Ceritanya telah banyak memberi inspirasi kepada orang lain untuk bangkit dari kekurangan diri sekaligus membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi normal seperti orang lain seusianya. Lizzie berusia 27 tahun, menghidap sejenis penyakit kongenital ganjil di mana badannya terlalu kurus dan sukar untuk mendapatkan tubuh ideal. Kini dia adalah seorang penulis dan pakar motivasi.
3. Lejen Press (lejenpress)
View this post on InstagramA post shared by Lejen Press (@lejenpress) on
Akaun yang dicipta sejak tahun 2011 ini telah menarik minat orang ramai terutamanya peminat-peminat novel yang diterbitkan oleh Lejen Press itu sendiri. Antara perkongsian untuk para pengikut akaun ini adalah ungkapan-ungkapan menarik dan popular daripada novel-novel terbitan mereka.
Namun begitu, perkara yang dikongsikan oleh akaun ini bukan sahaja merangkumi aspek penerbitan. Akaun ini turut berkongsi tentang artikel-artikel semasa. Jadi, sekiranya anda semua tidak mahu terlepas apa-apa update daripada Lejen Press, pastikan anda follow mereka sekarang!
4. Adi Sakinah Omar (kina.omar)
View this post on InstagramBeautiful Jeju Island covered in snow ♥ @jejumuslimtravel @themuslimtravelcompany @keretasewajeju
A post shared by Adi Sakinah Omar (@kina.omar) on
Satu-satunya pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Pulau Jeju, Korea. Kina sering berkongsi gambar pemandangan menarik di sekitar Pulau Jeju dan Korea, kisah seharian dia sebagai pelajar dan tip untuk berkunjung ke Korea. Jadi, kepada anda yang minat travel serta ingin mengetahui tip-tip tentang pelancongan bolehlah follow Instagram miliknya.
5. Mr. Dribblack (mrdribb)
View this post on Instagram🎧 'Crush' – @yunamusic ft @howuseeit . Brilliant collaboration, massive #respect
A post shared by Mr. DRìBB (@mrdribb) on
Dribblack juga mula mengukir namanya dalam bidang seni lukis moden di Instagram. Bermula dengan usaha melukis gambar artis seperti Neelofa dan Altimet pada lukisannya, kini beliau sudah mempunyai jenama t-shirt sendiri iaitu dribbapparel.
Lukisan mata yang dihasilkan oleh Dribblack dengan hanya menggunakan pensil warna juga pernah meletup sehingga mendapat 7125 likes di Instagram beberapa lama dahulu. Apa yang boleh kami katakan, lukisan Dribblack memang ultra realistik.
6. Idafrosk (idafrosk)
Ida merupakan seorang artis dari Norway yang gemar bereksperimentasi dan berkarya menggunakan pelbagai sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta seleksi sos berperisa.
Jika anda mempunyai masalah untuk memujuk anak anda makan, mungkin anda boleh ambil inspirasi dari penyediaan hidangan menyeronokkan dari akaun Instagramnya. Pasti waktu makan si cilik anda lebih menyeronokkan! Biasalah, kanak-kanak kan gemar akan sesuatu yang fancy dan berwarna-warni.
7. Emily Skye (emilyskyefit)
View this post on InstagramA post shared by EMILY SKYE | Fitness + Health (@emilyskyefit) on
Anda impikan bentuk tubuh seksi seperti Kila Fairy? Ha nah, ikuti Instagram pakar senaman ini! Emily bukan sahaja memiliki raut wajah bak tuan puteri, tetapi mempunyai bentuk tubuh yang sangat mengancam.
Selain itu, Emily ada mencipta aplikasinya sendiri yang anda boleh muat turun sebagai rujukan rutin senaman. Ramai yang telah melihat kesan memberangsangkan selepas mengikuti langkah-langkah senaman yang diajarkan oleh Emily. Yang penting, harus berdisiplin. Jangan buat hari ni esok dah malas. Memang tak kurus dan fitlah jawabnya.
8. I Am Lejen Shop (iamlejenshop)
Anda yang sukakan diskaun wajib untuk follow akaun ini! Segala maklumat tentang promosi yang sedang berlangsung akan dikongsikan di laman Twitter yang dicipta sejak tahun 2011 ini.
Selain itu, menerusi akaun ini, anda juga tidak akan terlepas daripada segala update berkaitan novel-novel terbaru terbitan Lejen Press.
9. Marnie The Dog (marniethedog)
View this post on InstagramA post shared by Marnie The Dog (@marniethedog) on
Marnie adalah seekor anjing istimewa di mana lidahnya secara semula jadi memang terjelir begitu. Seolah mengejek pula kan? Meskipun tidak normal seperti anjing lain, Marnie sangat dihargai kerana kekurangannya itu.
Sehingga kini Marnie The Dog mempunyai 2 juta pengikut di Instagram dan mampu mengalahkan Bujibu Chempel iaitu haiwan milik pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dengan hanya 1.2 juta pengikut sahaja. Jadi, yang mana sukakan binatang tu bolehlah intai-intai perkembangan anjing ini di Instagram Marnie The dog.
10. Diana Rikasari (dianarikasari)
View this post on InstagramA post shared by Diana Rikasari (@dianarikasari) on
Bermula sebagai blogger fesyen, wanita dari Indonesia ini menjadi terkenal kerana personalitinya yang unik, meminati gaya aneh dan hidupan fantasi seperti “unicorn”. Kalau anda nak tahu, dia inilah penulis buku popular #88 LOVE LIFE!
Jika anda gemarkan fesyen pelik serta nuansa warni-warni yang meriah, anda bolehlah meneroka kehidupan Diana Rikasari melalui laman Instagramnya yang mempunyai 228,000 pengikut. Selain itu, dia juga mempunyai jenama koleksi pakaian rekaannya sendiri iaitu Schmiley Mo.
Jadi, sudahkah anda follow kesemua akaun ini? Jika belum, pastikan anda berbuat demikian supaya timeline Instagram anda dipenuhi dengan post-post yang bukan sahaja kaya dengan informasi malah dapat menghiburkan hari anda!