10 Akaun Yang Patut Anda Follow Di Instagram – Bahagian 2

Masyarakat kini tidak asing lagi dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Instagram merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mengambil foto dan video dan berkongsi kepada mereka yang mengikutinya.

Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan artis antarabangsa atau tempatan, Instagram adalah tempatnya. Sekiranya anda ingin melihat video-video kelakar atau menarik, Instagram adalah tempatnya.

Sebelum ini, kami kongsikan 10 Akaun Yang Patut Anda Follow Di Instgram. Sekarang, kami akan kongsikan bahagian kedua bagi siri ini. Berikut adalah 10 akaun lain yang patut anda follow di Instagram.

1. Khairul Amin (khairulaming)

Khairul Amin, seorang lelaki yang mampu menceriakan sesiapa sahaja yang menonton video tutorial masakannya dan kini mempunyai sebanyak 1.2 juta pengikut. Video tersebut berjaya memikat hati ramai orang kerana mempunyai elemen drama yang mencuit hati dan ia dilakukan oleh beliau sendiri.

Pada mulanya, beliau menghasilkan video tersebut secara suka-suka sahaja. Selepas mendapat komen yang positif daripada ramai orang, beliau mula menghasilkan lebih banyak video tutorial masakan dengan menyelitkan elemen drama dan skrip yang menghiburkan. Bagi mereka yang gemar memasak dan inginkan masakan yang senang, ikutilah akaun Instagram milik Khairul Amin ini.

2. Si Nopal (si_nopal)

View this post on Instagram

#animasinopal

A post shared by animasinopal (@si_nopal) on

Sesiapa sahaja tidak mengenali Si Nopal yang pernah tular suatu ketika dahulu dengan video animasi si Nopal berkhemah bersama Cute Girl. Nuafal Faridurrazak merupakan pemilik akaun instagram ini yang berasal dari Indonesia, memulakan lukisan komik di Instagram bermula pada tahun 2014.

Selepas beberapa tahun, beliau mula menghasilkan video animasi berdurasi pendek yang menceritakan tentang gelagat-gelagat Si Nopal bersama Cute Girl. Beberapa episod animasi telah dihasilkan dan antara video animasi yang popular ialah si Nopal berkhemah bersama Cute Girl yang mendapat sambutan hangat dari rakyat Malasyia di mana ia mendapat 7.7 juta likes di Instagram.

3. Owl Kitty (owl__kitty)

Bagi pencinta kucing, anda wajib untuk mengikuti akaun ini. Akaun Instagram Owl Kitty ini menghasilkan video parodi yang melibatkan seekor kucing bernama Owl Kitty dimasukkan dalam beberapa adegan filem dan drama terkenal seperti Lord of The Rings, Games of Thrones dan Jurassic Park.

Pasangan Thibault Charroppin (Tibo) dan Olivia Boone membela Owl Kitty sejak dari kecil lagi. Tibo merupakan seorang pembuat animasi dan filem dan beliau banyak menghasilkan video parodi untuk mengisi masa lapang. Idea ini tercetus apabila beliau menggabungkan dua perkara yang beliau minati iaitu kucing dan filem. Sekarang, beliau mempunyai lebih dari 237 ribu pengikut di Instagram.

4. Sterk production (sterkproduction)

Sterk production adalah salah satu produksi yang dimiliki oleh anak tempatan. Produksi ini terdiri daripada Farhan, Harith, Acap, Iskandar, Fikri, Jefri, Rashdan dan Mirul Sabirin. Kebanyakan daripada mereka ialah kawan semenjak dari sekolah. Apa yang menariknya tentang mereka ialah video-video yang dihasilkan selalu berkaitan dengan rakyat Malaysia.

Mereka mula tular apabila mereka memuatkan satu video berkaitan aksi drama korea yang suka bertengkar dan hampir mendapat lebih daripada 94 ribu likes di Instagram. Anda boleh mengikuti akaun Instagram milik mereka sekiranya anda ingin menonton video-video berkaitan isu terkini dan yang berkait rapat dengan rakyat Malaysia.

5. Ajiq Haris (ajqhrs)

Akaun Instagram milik Ajiq Haris ini popular kerana beliau menggunakan aplikasi Madlipz iaitu satu aplikasi dubbing dengan menggunakan suara anda sendiri berdasarkan video-video yang disediakan. Dengan menggunakan aplikasi ini, beliau telah mempunyai lebih 651 ribu pengikut di Instagram.

Beliau juga telah muncul di Motif Viral sebelum ini dan telah menghasilkan banyak siri seperti siri Baby Pian dan Riki, Sudin, kisah Nobita & Doraemon dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin melihat video dubbing yang menarik dan mencuit hati, anda boleh mengikuti akaun Ajiq Haris dan dijamin tidak akan berhenti gelak.

6. Niara Guerrero (nianaguerrero)

Bagi peminat muzik dan menari, akaun Niara Guerrero ini boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda meneruskan dalam bidang menari. Pada awalnya, Niana seorang yang pemalu tetapi setelah menari bersama abangnya iaitu Ranz Kyle, beliau bertambah yakin dan bersemangat.

Dalam video mereka, anda boleh lihat mereka menari dengan pelbagai lagu seperti Despacito, Shape of You dan Juju on that Beat yang mendapat perhatian ramai orang. Mereka juga selalu dilabel sebagai siblings goal kerana abangnya sanggup membantu beliau untuk mengejar impiannya.

7. Reissue (re_issue)

Bagi mereka yang berminat mengenai penjagaan kulit, anda boleh mengikuti akaun Instgram ini. Mereka akan membandingkan harga-harga produk kecantikan mengikut kategori yang disediakan. Perkara ini bagus untuk mereka yang masih baru tentang sesuatu produk dan ingin memastikan agar produk yang mereka pilih sesuai untuk jenis kulit mereka. Selain itu, mereka juga akan memberikan nasihat tentang bahan yang perlu ada dalam produk mengikut jenis masalah kulit anda.

8. Nassuha (nassuha_)

Bagi mereka yang minat tentang lukisan, anda boleh mengikuti akaun Instgram ini. Pemilik akaun ini dikenali sebagai Nassuha mempunyai bakat yang besar dalam bidang lukisan terutama doodle. Dalam akaun Instagram miliknya, terdapat hasil-hasil lukisan doodle yang membuatkan ramai orang terpukau dengannya seperti lukisan doodle dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Beliau juga pernah memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan menghasilkan lukisan doodle di cawan Starbucks sementara menunggu kapal terbang untuk balik ke kampungya. Sebelum ini, beliau hanya mendapat hadiah sagu hati daripada pertandingan tersebut.

9. Tim Bengel (timbengel)

Seorang pelukis dari German, Tim Bengel yang terkenal dengan hasil lukisan yang diperbuat daripada pasir berwarna putih, hitam dan emas. Beliau menghasilkan karyanya berdasarkan potrait dan permandangan bangunan yang memukau. Dengan lebih daripada 322 ribu pengikut di Instagram dan video berkaitan dengan proses seninya, beliau begitu cepat menjadi sensasi di seluruh dunia. Sebagai seorang yang meminati seni, anda wajib untuk mengikuti akaun Instagram ini.

10. Aaron Benitez (aaronsanimals)

View this post on Instagram

Office musical.

A post shared by aaron benitez (@aaronsanimals) on

Aaron Benitez juga mempunyai minat yang sama seperti Tobi iaitu menghasilkan video bersama kucing kesayangannya, Prince Michael. Video beliau lebih kepada berkongsi gelagat kucing-kuncingnya ketika bersamanya. Beliau menggabungkan kemahiran animasi dan perfileman untuk menghasilkan video tersebut. Sekiranya anda inginkan sesuatu yang kelakar dan tidak pernah bosan, ikutilah akaun Instagram ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca