KONGSIKAN

Kebelakangan ini media massa sering memaparkan berita mengenai isu melibatkan pusat tahfiz. Terbaru terpampang di dada akhbar mengenai kes liwat ke atas sembilan orang pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kepong. Difahamkan pelaku tersebut merupakan mudir di pusat tahfiz itu. Kes tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya pihak netizen yang beranggapan bahawa kes tersebut tidak sepatutnya berlaku. Jadi, dimanakah silapnya?

Umum sedia maklum bahawa pusat tahfiz merupakan tempat dimana anak-anak dididik dan diajar mengenai ilmu agama seperti menghafal dan mengaji Al-Quran. Justeru apabila kes liwat ini berlaku penulis berasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berkenaan isu ini.

 

Foto: Islamic Parenting Network

 

Penulis merasakan bahawa bagi membendung kes seperti ini daripada berlaku lagi beberapa langkah pencegahan haruslah diambil kira.

Langkah Pencegahan

Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah para pengendali pusat tahfiz haruslah menyiasat latar belakang setiap tenaga pengajar di pusat tahfiz. Hal ini penting bagi memastikan bahawa para tenaga pengajar tidak terlibat dengan sebarang kes salah laku atau yang sewaktu dengannya.

Selain itu, para pelajar di pusat tahfiz juga hendaklah dididik dengan melaporkan sebarang kejadian yang berlaku kepada ibu bapa atau pihakĀ  berwajib sekiranya pelajar menjadi salah seorang mangsa perbuatan tidak bermoral tersebut.

 

Foto: Bernama

Di samping itu juga, pihak berwajib seperti polis boleh membantu menangani kes seperti ini daripada berulang dengan mengenakan tindakan dan hukuman yang lebih tinggi terhadap pelaku.