KONGSIKAN

Penulis: Ahmad Khairul Basyar

Berdiri aku di pinggir jalan
Di tanah yang Merdeka
Lamunanku disambut dinginnya angin
Mengenang nasib pejuang
Menuntut bela tanah ini
Yang semakin punah
Di mamah anai-anai asing
Menangis melihat tanah ini
Tiada lagi kebebasan mutlak
Kerana ia perlahan-lahan tumbuh
Seperti pohon parasit
Di sebatang pokok besar megah
Yang hilang identitinya

Penghuni tanah ini harus Merdeka akalnya
Agar tiada orang mengekor
Ke lorong-lorong gelap
Dengan jiwa lara terseksa
Yang dinoda sehelai kertas punya kuasa
Aku tidak mahu melihat
Tanah ini dicemari sekali lagi
Oleh sang parasit
Yang merobek kebebasan kami
Di atas tanah ini

 

Foto Paparan Utama: Utusan Online