PENGIKLANAN

7 tahun dalam penerbitan dan media, I AM LEJEN mempunyai capaian lebih 180 ribu pengikut di platform media sosial. Melalui portal IAMLEJEN.com sebagai media yang memaparkan rencana-rencana menarik dan penulisan kreatif, kami berekspresi dengan pengaruh yang sudah berjaya dibina sejak 2011 lagi.

Dengan pasukan media yang berpengalaman, I AM LEJEN mempersiapkan pakej pengiklanan komprehensif kepada jenama-jenama dan syarikat-syarikat dalam menyusun dan memaparkan konten yang terbaik untuk meluaskan peluang dan meningkatkan capaian melalui platform digital.

Menyasarkan pendedahan, kedudukan jenama dan impak tular (viral), pilihan pengiklanan tersedia untuk dilanggan secara ‘once-off’ atau berkala.

Emelkan pertanyaan ke merchandising[at]lejen.my dan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.