KONGSIKAN

Dari dulu kita sering mendengar perbandingan di antara McDonald’s (McD) dan Kentucky Fried Chicken (KFC). Namun melalui sebuah perkongsian menerusi satu bebenang di Twitter, lelaki ini menyatakan sebab mengapa dia lebih memilih McDonald’s berbanding KFC.

Antara sebab-sebab mengapa lelaki ini memilih McD berbanding KFC ialah:

1) KFC masih menyediakan kopi dari vending machine manakala McD telah menggunakan mesin espreso melalui McCafe dengan harga kopi yang berpatutan iaitu RM5.

 

 

2) Staf di Mcd lebih terlatih dan mereka tidak berbual sesama mereka.

3) Tandas McD lebih bersih berbanding KFC.

4) Sesetengah cawangan McD yang baru mempunyai surau yang selesa.

5) Isu ayam goreng McD telah diselesaikan malah ayam goreng McD lebih baik dari ayam goreng KFC.

 

 

6) McD mempunyai pilihan pencuci mulut yang lebih banyak berbanding KFC.

 

 

7) Kiosk layan diri di McD memudahkan untuk membuat pesanan manakala KFC masih tidak dapat menyelesaikan isu penggunaan kad kredit dan debit di cawangan.

 

Penulis merasakan bahawa setiap francais makanan ini mempunyai kelebihan masing-masing. Penulis lebih menggemari kentang goreng di McD manakala ayam goreng di KFC. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah!

 

Sumber: Reza Razali