KONGSIKAN

ADUN Ketari, Young Syefura Binti Othman atau lebih mesra dikenali sebagai YB Rara yang bertanding pada PRU14 sering mencuri tumpuan ramai dengan penampilannya yang sentiasa tampil anggun. Ternyata usia yang muda  tidak menjadi penghalang buat beliau bagi menceburi bidang politik.

Jom kenali dengan lebih rapat YB Rara yang jelita ini!

 

Soalan Buat YB Rara

 

 

S1: YB Rara kelihatan menawan walaupun hanya mengenakan outfit yang simple. Apakah tips tentang pemilihan outfit yang dapat dikongsikan terutamanya untuk golongan wanita di luar sana?

J: Sentiasa pakai mengikut keselesaan dan kesesuaian. Apa yang penting ialah jangan jadi mangsa fashion.

 

S2: Apakah filem yang menjadi all time favourite YB Rara?

J: Hunger Games dan Harry Potter.

 

S3: Semasa zaman sekolah, adakah YB Rara dikategorikan sebagai Geeks atau Hotstuff?

J: Saya selekeh masa zaman sekolah dulu. Selain itu, kurus kering dan hitam kerana aktif dalam Kadet Bomba. Saya juga tak dikenali sangat. Mungkin sebab garang kot? Hahaha…

 

S4: Satu benda yang YB paling menyesal pernah buat dan takkan lupa sampai sekarang?

J: Perkara yang paling saya menyesal ialah tak belajar rajin-rajin semasa sekolah. Hahahahaha…

 

S5: Siapakah penulis favourite YB Rara? Kenapa?

J: Penulis kegemaran saya ialah Abang Pyan Habib dan Rendra. Saya meminati puisi dan suka konsep yang berteraskan perjuangan rakyat, kritikan sosial dan politik.

 

S6: Apakah buku kegemaran YB? Bagaimana pula dengan buku Lejen kegemaran YB?

J: Buku kegemaran saya ialah Salina oleh Pak Samad dan buku kegemaran saya dari Lejen ialah Awek Chuck Taylor.

 

S7: Pendapat YB tentang budaya membaca di Malaysia pada ketika ini?

J: Saya dapat lihat ianya semakin berkembang. Tapi sebenarnya, masih rendah secara keseluruhan. Kita masih belum lihat trend di mana orang Malaysia menghabiskan masa di perpustakaan. Selain itu budaya membaca di kalangan golongan bawahan dan luar bandar juga agak rendah.

 

S8: Pandangan YB Rara tentang penglibatan anak muda di dalam bidang politik?

J: Bagi saya anak muda adalah asas kepada sesebuah komuniti. Komuniti yang mempunyai asas (foundation) yang kukuh adalah komuniti yang kuat. Penglibatan anak muda dalam politik adalah sesuatu yang perlu ada dalam setiap lapis J: masyarakat kerana politik ini adalah satu jalan yang panjang dan bermula sebagai anak muda adalah langkah terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam setiap sudut.

Dalam Malaysia Baharu ini juga kita tengok penglibatan anak muda dalam politik lebih daripada biasa. Kita dapat lihat pada pertambahan wakil-wakil rakyat yang muda, aktivis-aktivis politik, mahasiswa yang makin aktif dan juga pekerja-pekerja muda yang peka dengan situasi politik negara. Walaubagaimanapun, kita masih lagi perlu menggalakkan penglibatan anak muda kerana masih lagi ada yang tidak mahu terlibat dalam politik atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, ahli-ahli politik muda perlu menjadi contoh yang baik kepada semua.

 

S9: Jika ditakdirkan anak YB ingin mengikut jejak YB sebagai ahli politik apabila sudah dewasa nanti, adakah YB akan membenarkan atau sebaliknya?

J: Kalau betul di situ minatnya, saya tidak akan menghalang. Saya pasti mereka sendiri dapat menilai bagaimana perjalanan, duri dan ranjau ahli politik di Malaysia ini dengan pengalaman sendiri.

 

S10: Sekiranya YB bukan ahli politik seperti pada hari ini, apakah kerjaya yang YB akan lakukan?

J: Mungkin saya akan kekal sebagai jururawat atau terlibat dengan kerja-kerja kebajikan sosial. Hati saya memang sebati  kerja-kerja yang seperti itu.

Terima kasih YB. Hidup YB!