KONGSIKAN
Bulimia Nervosa ialah gangguan psikologikal dari segi pemakanan dengan cara menahan lapar lalu diikuti dengan makan dalam jumlah yang banyak untuk satu tempoh yang singkat. Selepas pengambilan makanan tersebut, penghidap Bulimia akan memaksa diri untuk mengeluarkan semula makanan dengan cara memuntahkan semula makanan kerana khuatir akan menjadi gemuk.

 

 

Antara cara lain untuk mengeluarkan makanan tersebut termasuklah menggunakan julap secara berlebihan dan melakukan senaman secara ekstrem. Kebanyakan pesakit Bulimia juga terdiri dari daripada golongan wanita.

 

 

Jenis-Jenis Bulimia Nervosa 

Bulimia Nervosa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: ‘

Jenis Purging: Bagi Bulimia jenis ini, penghidap akan kerap memuntahkan makanan dengan menjolok tekak atau menggunakan julap atau enema selepas makan dalam kuantiti yang banyak. Kebanyakan penghidap Bulimia mengalami Bulimia jenis ini.

Jenis Non-purging: Penghidap Bulimia jenis ini tidak akan memuntahkan makanan yang telah dimakan. Sebaliknya, mereka akan melakukan senaman secara ekstrem atau berpuasa untuk menurunkan berat badan.

 

Apakah Punca Bulimia? 

Sehingga kini punca Bulimia Nervosa masih tidak dapat dikenal pasti. Namun terdapat beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada penyakit tersebut. Antaranya ialah:

  • Pengaruh genetik
  • Psikologi
  • Kesan deraan atau trauma
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Tekanan

 

Simptom-Simptom Bulimia Nervosa

Penghidap Bulimia mungkin mengalami simptom-simptom tersebut sebagai kesan atas tindakan memuntahkan makanan secara paksa terutamanya jika tabiat memuntahkan makanan tersebut berlaku beberapa kali dalam seminggu:

  • Turun naik berat badan secara berterusan
  • Kemandulan
  • Kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur.
  • Tidak datang haid
  • Sembelit
  • Dehidrasi

 

Photo: Hello Sehat

 

Rawatan Bagi Bulimia

Oleh kerana kebanyakkan penghidap Bulimia mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka dalam fasa pemulihan proses terapi adalah penting. Antara rawatan Bulimia termasuklah:

 

Fasa awal

  • Menghentikan kitaran makan yang merbahaya dengan cara meyusun semula jadual makan yang betul

 

Fasa Pertengahan

  • Meningkatkan keyakinan diri mengenai berat badan dan diet

 

Fasa Terakhir

  • Memberi tumpuan kepada gangguan emosi yang dialami oleh penghidap Bulimia. Rawatan yang boleh dilakukan ialah terapi minda dan memantau tingkah laku pesakit.

 

Sekiranya keluarga anda atau kenalan rapat menghidap Bulimia Nervosa, segeralah bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana Bulimia boleh membawa maut.

 

Sumber: Bulimia.com