KONGSIKAN

Apabila kita hendak membeli roti di kedai-kedai runcit, 7-Eleven ataupun di mana-mana sahaja yang ada menjual roti, apa perkara pertama yang akan kita semua lakukan?

Jawapannya – sama ada anda tengok dahulu jenama roti, tarikh luput, dan juga jenis roti yang dikehendaki. Betul tak?

 

Dalam pada kita asyik membelek bungkusan roti tu, mesti anda perasan akan tag berwarna yang tertera tarikh luput dan harga pada bungkusan roti tersebut.

Jika anda perhati dengan teliti, sebenarnya warna tag itu akan berubah-ubah. Kejap warna merah, kejap warna kuning.

Kenapa warna tag tu berubah-ubah? Ada maksud apa-apa ke di sebalik semua warna tu?

 

Kod dan Maksud Di Sebalik Warna Tag

Kebanyakan pembuat roti akan menggunakan kod-kod warna untuk membantu mereka mengetahui akan masa sebenar lof roti tersebut di bakar. Selain daripada itu, penggunaan kod warna ini juga memudahkan pekerja-pekerja stor untuk mengenal pasti dengan lebih mudah tentang lof-lof roti mana yang perlu diganti dan dikeluarkan daripada rak simpanan.

Foto: TLC

 

Berikut merupakan kod-kod warna yang digunakan dan maksud-maksud di sebaliknya:

  • Biru: Isnin
  • Hijau: Selasa
  • Merah: Khamis
  • Putih: Jumaat
  • Kuning: Sabtu

 

Kod-kod ini bukanlah universal, bermaksud mungkin kod-kod warna yang digunakan membawa maksud yang berbeza mengikut syarikat dan kadang kala ada sesetengah syarikat pembuatan roti yang tidak ada menggunakan sistem kod warna – seperti di pasar-pasar raya yang mempunyai bakeri sendiri.

Tetapi setidak-tidaknya lima kod warna yang dinyatakan di atas digunakan secara meluas.

 

Apa Makna Di Sebalik Tarikh Yang Tertera Di Tag Warna Pada Bungkusan Roti?

Tarikh-tarikh yang dicetak pada tag-tag warna tersebut kebiasaannya adalah sebagai satu penanda aras untuk masa roti dikeluarkan daripada rak simpanan dan rak jualan. Ini bukan bermaksud yang roti tersebut sudah tidak elok. Bukan. Tarikh tersebut sebenarnya adalah cadangan daripada pengeluar dan pembuat roti untuk menggantikan roti yang segar sepanjang masa.

 

Jenis-Jenis Pengelasan Tarikh Luput Pada Bungkusan Roti

Di Amerika Syarikat (dan juga sesetengah tarikh digunakan pada pembungkusan roti di Malaysia), pengelasan tarikh-tarikh luput pada roti adalah seperti  berikut:

  • Sell-By (Jual Sebelum): Tarikh ini memberi panduan kepada pemilik-pemilik kedai tentang jangka masa yang sepatutnya untuk produk diletakkan di rak jualan.  Anda perlu mendapatkan produk tersebut sebelum tarikh yang tertera luput.
  • Best if Used By/Before (Baik Untuk Digunakan Sebelum): Tarikh ini dicadangkan untuk rasa yang terbaik dan kualiti roti.
  • Use-By (Guna Sebelum): Tarikh ini adalah tarikh akhir yang dicadangkan untuk penggunaan produk yang dikeluarkan kerana pada masa itu, kualiti produk berada di puncak. Kiranya macam dah ‘hujung-hujung’ lah kualiti roti tu. Tarikh ini telah ditetapkan oleh pengeluar produk itu sendiri.
  • Closed or Coded Dates (Tarikh Tertutup atau Berkod): Nombor pembungkusan untuk kegunaan pengeluar.

 

Lepas ni, cubalah perhatikan tag warna yang terdapat pada bungkusan roti. Warna tag tu berbeza-beza tak?

 

 

Sumber: Wonder How To